Seorang gadis berusia 20 tahun dipercayai hilang sejak seminggu yang lalu kini selamat ditemukan kira-kira 55 kilometer dari kediamannya dalam keadaan bergayut pada akar sebatang pokok berhampiran tebing sungai di Jertin Terangganu semalam.
Memetik daripada berita tempatan, gadis ini ditemui dalam keadaan yang lemah dan kesejukkan kerana berada di dalam sungai selepas hampir seminggu hilang.
Menurut sepupu mangsa, gadis tersebut menceritakan apa yang berlaku itu diluar jangkaan selepas mendengar suara memanggilnya dan bila tersedar dia sudah berada di dalam sungai tersebut.
Gadis ini telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut sebelumn dibawa pulang ke rumah.
Terdahulu, gadis ini dikatakan hilang selepas keluar dari rumah dan menunggang motosikal secara berseorangan.
Sumber: Sinar harian
from Sehinggit Media https://ift.tt/3cPqyhC
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/36knUhw
via MerahHatiCintaku.blogspot.com