Rasanya tak ramai di antara kita yang ingin makan bersama semeja dengan pengemis yang sering dianggap 'kotor'. Tapi bagi seorang pelajar dari Filipina, Faye Ares ianya tidaklah seteruk mana apabila dia membuat keputusan untuk makan bersama seorang pengemis dan mendengar kisah hidup pengemis tersebut.
Ketika gadis tersebut sedang berjalan di sebuah kompleks membeli belah seorang lelaki tua menghampiri Faye dan berkata kepadanya
'Maaf cik, saya minta maaf tapi saya ada sesuatu yang ingin saya beritahu. Tolong jangan memarahi saya dan sekali lagi saya minta maaf kerana menganggu. Saya tak mahu meminta duit tapi saya ingin sedikit makanan kerana saya terlalu lapar.'
Gadis tersebut terkejut kerana terperanjat lelaki berkenaan fasih berbahasa Inggeris. Gadis itu merasa sebak melihat keadaan lelaki berkenaan. Tanpa berfikir panjang, Faye menjemput pengemis itu ke sebuah restoran makanan segera dan pengemis tersebut terkejut kerana gadis itu sudi membantunya.
'Saya dapat melihat riak kegembiraan di wajahnya sambil matanya bergenang dengan air mata. Saya menyuruhnya mencari meja untuk mereka berdua sementara saya membelikan makanan'
'Selang beberapa minit, lelaki tersebut muncul ketika saya tengah berbaris dan berkata "Saya ingatkan cik dah lari". Setelah mendapatkan makanan, Faye duduk bersama pengemis berkenaan sambil menikmati makanan tersebut'.
Kami sempat berbual dan saya banyak bertanyakan soalan kepadanya. Namanya Jansen Locsin. Dia juga pernah belajar di Ateneo Manila dengan latar belakang ekonomi. Dia juga pernah mengajar di UP dan Ateneo sebelum ini.
Lelaki berkenaan tidak mempunyai isteri ataupun anak-anak. Bapanya telah meninggal dunia manakala ibunya masih hidup. Apa yang pengemis tersebut mahukan ialah pulang ke kampung halaman di Bacolod. Lelaki itu asalnya datang ke Cebu untuk memulakan perniagaan namun gagal dan jatuh bangkrap.
Setelah makan, Faye membelikan pengemis itu sebuah air mineral dan seratus peso (RM8.50). Gadis tersebut tidak dapat memberikan banyak wang kerana dia masih lagi seorang pelajar dan tidak mempunyai wang yang mencukupi.
Lelaki itu juga meminta nombor telefon gadis berkenaan untuk mengucapkan terima kasih atas jasa baik gadis tersebut sebelum meninggalkan Cebu untuk pulang ke kampung halaman.
Netizen memberikan pujian kepada Faye kerana tindakan baik hati dan setelah status tersebut menjadi viral seorang lelaki yang mendakwa saudara pengemis berkenaan turut mencari pengemis tersebut.
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2qfBKvB
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2rzJwEH
via MerahHatiCintaku.blogspot.com