Setiap wanita idamkan bakal suami yang mampu menjadi suami yang bertanggungjawab dan mampu membimbing mereka, tetapi bagaimanakah ciri-cirinya? Mari kita lihat.
Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adaah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. mampu menjadi imam dalam soalt adalah tanda bahawa suami mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama. Inilah cara menjadi suami yang hebat di dunia dan akhirat. Isteri akan lebih menghormati suaminya kerana mampu menjadi pemimpin keluarga yanh hebat.
Mengajarkan Ilmu-ilmu Agama
Seorang isteri hanya inginkan kebahagiaan, tetapi bukanlah harta yang diimpikan, tetapi ilmu-ilmu agama yang dimahukan. Apatah lagi apabila mempunyai anak, ilmu agama sangat penting bagi menjaminkan keluarga bahagia. Jika tidak pandai hal agama, maka berusah lah mencari guru-guru agama.
Suami Yang Matang
Suami perlu matang dalam berfikir dan melakukan keputusan. Ini kerana isteri akan sentiasa meminta nasihat ataupun memerlukan anda untuk melakukan keputusan. Jika jiwa anda masih keanak-anakan, cuba ubah sikap supaya menjadi lelaki yang lebih matang, isteri akan lebih senang meluahkan perasaan seandainya anda lebih serius mendengar dan memberi pendapat.
Pandai Memasak
Walaupun dikatakan masak didapur adalah tanggungjawab seorang isteri, tetapi suami juga harus rajin menolong isteri didapur. Baru lah ikatan suami isteri terjalin lebih mesra.
Suami yang “Independent”
Suami yang pandai mengurukan diri adalah seorang suami yang sangat romantik. Mana tidaknya, segala persiapa dilakukam sendiri. Dari membasuh baju, melipat baju, dan seterika baju. Bukanlah si isteri pemalas, tetapi ringan-ringankan lah tulang untuk membantu isteri, baru lah nampak romantik kan?
Mempunyai Prinsip dan Pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah kepututsan kepada masalah anda.
Menjaga Anak-anak Bersama Isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulung. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga dua kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.
Suami Serba Tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat terasa kagum apabila suami mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok perniagaan, rumahtangga, ekonomi dan sbgainya. Suami yang sebegini bukan sahaja disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2qb5gGS
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2qb3fKW
via MerahHatiCintaku.blogspot.com