Jika selalunya kita mendengar kes penceraian melibatkan pasangan yang sudah tidak serasi, pasangan curang. Itu adalah masalah-masalah yang sering kita dengar apabila adanya kes penceraian, jarang mendengar kes cerai yang melibatkan anak.
Tetapi kisah wanita ini berlainan pula, apabila anaknya dianiayaoleh suaminya. Sungguh kejam apabila sanggup mengunci pintu bilik anak tirinya kerana tidak mahu buatkan susu untuk anaknya. Jika dahulu sebelum berkahwin, sanggup menerima isteri dengan anak-anak tiri, tetapi apabila sudah berkahwin, begini pula jadinya.
Mengapa sanggup bertindak kejap sebegitu terhadap anak keci? Apa salah mereka? Ini kisah hidup seorang wanita, yang suaminya nampak dihadapan keluarga seperti seorang yang sangat alim, tetapi realitinya hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengerti akan perasaan wanita ini,mari kita baca kisah sedih ini
Saya dah tersalah pilih suami. Saya ingat saya kahwin kali kedua ini, saya akan dapat suami yang baik sebab dia sayangkan anak-anak saya. Saya terima dia sebab dia betul-betul sayangkan anak saya sampai anak saya tak boleh berpisah dengan dia.
Rupa-rupanya apa yang saya impikan semuanya musnah. Dia menjadi suami yang jahat dan kejam. Dia pukul saya dan pukul anak-anak saya. Dia benci anak saya dan kata,
“Itu bukan darah daging aku!”
Kehidupan saya seperti dalam neraka. Hari-hari kami bergaduh. Dia tidak pernah solat. Bila saya ajak dia solat, dia langsung tak mahu. Sekarang, saya ambil keputusan untuk bercerai. Saya dah tak nak tengok muka jantan berpura-pura ini lagi.
Nasihat saya kepada ibu-ibu tunggal, jangan percayakan lelaki yang baik di depan, ruap-rupanya ada udang di sebalik batu. Kejadian ini membuatkan saya serik untuk berkahwin lagi. Patutlah Rita Rudaini tak nak kahwin sebab takut anak-anak dia terseksa.
Zaman sekarang susah nak jumpa lelaki yang sayang anak-anak kita. Tengok macam saya, sudah terkena sebelum kahwin. Bukan main tunjuk sayang pada anak-anak saya. Selepas kahwin, buat anak saya macam sampah.
Anak saya demam ke, sakit ke, dia buat bodoh sahaja. Yang lagi zalim, semasa saya demam kuat. Saya tak sedar sebab baru makan ubat. Bila terjaga dari tidur, saya tengok anak saya dalam keadaan yang menyedihkan dengan memegang botol susu yang basi di depan pintu. Berak penuh di pampers, rupa-rupanya satu malam anak saya duduk di depan pintu bilik. Dia nak ketuk pintu bilik tetapi takut.
Sebelum ini saya tidak pernah kunci pintu bilik. Saya tahu anak saya mesti kejutkan saya. Rupa-rupanya malam itu saya tidur, suami saya sanggup kunci pintu sebab tak nak buatkan anak saya susu. Kalau dia benci pun, kejutkanlah saya pada malam itu. Meraung saya tengok keadaan anak saya.
Saya sudah nekad, saya perlu tinggalkan jantan tak guna ini dari hidup anak saya terseksa. Sudahlah dengan duit nafkah pun kedekut, duit saya saja yang dia nampak. Kaki kikis duit.
Ya Allah, cukuplah kali terakhir ini saya terseksa. Selepas ini saya nak habiskan masa bersama dengan anak-anak saya. Saya tak perlukan lelaki yang kejam seperti ini dalam hidup saya. via LIDAH SUARA and KRT.
Jangan berpura=pura baik sedangkan berhati busuk, jika tidak mampu menjaga anak tiri, jangan sesekali berangan untuk cuba memikat ibu tunggal yang mempunyai anak menjadi isteri anda. Ingatlah! mereka pernah merasa kecewa kerana pengalaman pertama perkahwinan, jika rasa anda tidak dapat membahagiakan mereka, jangan pernah memberi harapan palsu akhirnya mereka terpaksa menanggung perit berpisah untuk kali kedua. Hargailah mereka
Sumber: Sembang Kencang
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2qVAuyT
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2qfMYR1
via MerahHatiCintaku.blogspot.com