Saturday, 20 May 2017

Kenapa perlu menulis entri blog 1000 patah perkataan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “cara perkenal blog baru kepada dunia“. Kali ini Abang nak berkongi ilmu berapa patah perkataan entri blog yang Google suka.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Dulu blogger US menulis 300 – 400 perkataan tapi kini mereka menulis 2000 – 3000 perkataan. Google lebih suka entri yang panjang daripada yang pendek. Budaya ini akan merebak ke Malaysia. Siapa yang mula dulu dia akan berjaya – kata Dr Wan Yusof Wan Jeffery.

Ini antara ilmu penting yang dikongsikan oleh blogger pakar SEO dan Content Marketing, Dr Wan Yusof ketika menjadi panel Sepetang Bersama Blogger 2017. Masa yang singkat tetapi pengisian sangat penting untuk mengubah kita menjadi blogger berbeza dan pasti boleh menjana pendapatan yang sangat besar. Semua itu perlukan pengorbanan tidak akan datang bergolek begitu sahaja.

Jadi yang pertama berubah

Sekarang mengiklanan di sosial media seperti FB ads, Google adwords dan IG ads sudah menjadi biasa kepada semua. Awal permulaan ianya sangat pelik kepada industri. Mereka yang pertama mula dahulu buat FB ads, Google adwords dan IG ads secara betul, sekarang mereka sangat berjaya.

Begitu juga dalam bisnis, pelaburan hartanah, pelaburan saham, emas, bitcoin dan lain-lain peluang, siapa yang berani mula dahulu dengan betul pasti akan meraih pulangan berganda sekarang. Yang kecut hati terus mencari alasan memiskinkan diri sendiri.

Sekarang peluang terbuka kepada blogger untuk memulakan budaya menulis lebih daripada 300 patah perkataan kepada 500 kemudian 1000 dan maksima 2000 – 3000 patah perkataan untuk setiap entri blog. Kepada blogger  yang berani mencabar diri pasti akan meraih hasil yang lumayan.

Kenapa nak tulis 1000 patah perkataan

Kenapa perlu tulis entri dengan patah perkataan yang banyak? Sebab Dr Wan Yusof kata Google lebih suka kepada entri yang panjang seperti tulisan beliau bertajuk “Berapakah patah perkataan yang disukai oleh Google“. Kebanyakan entri yang mempunyai patah perkataan yang pendek berkedudukan ranking terkebelakang di Google.

Menyahut cabaran untuk menulis blogger perlu bermula 500 – 1000 patah perkataan dan berubah berperingkat kepada 1000 – 2000 patah perkataan sebelum maksima kepada 3000 patah perkataan. Perubahan perlukan latihan yang istiqomah tanpa jemu untuk hasil yang berbaloi.

Persoalan yang biasa, adakah pembaca sudi nak membaca  entri yang panjang sehingga 3000 patah perkataan. Mungkin pembaca biasa kurang berminat tetapi pembaca setia pasti setia membaca walaupun berapa panjang dan lebih penting kepada pembaca organik yang datang kerana mencari informasi yang memang mereka cari jadi berapa ribu patah perkataan tidak menjadi masalah kepada mereka. Pastikan setiap entri yang kita tulis berkualiti dan padat dengan fakta-fakta semasa yang betul untuk rujukkan pembaca.

Pakar menulis bakal jadi jutawan

Menulis sehingga 3000 patah perkataan memang memerlukan kepakaran yang boleh dilatih. Teringat nasihat Dato Roslan Hamid katanya dalam era ekonomi digital sesiapa yang  ada kepakaran menulis bakalo menajdi jutawan. Jadi tidak mustahil kita pun boleh.

Kepakaran menulis yang kita asah bakat bakal membuka peluang untuk kita menulis review produk yang berkualiti dan mahal sebagai salah satu sumber menjana pendapatan dari blog.

Adakah rakan blogger bersedia untuk menjadi antara blogger terawal menulis entri sehingga 3000 patah perkataan?

Abang Denaihati (jangan lupa follower FB Abang untuk banyak lagi kisah motivasi)
Founder  Denaihati

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2rFapTW
via Denaihati.com