Sunday, 21 May 2017

Orang Kelantan Jarang Hidap Kanser Perut Kerana Budu dan Pagaga - Profesor


Kota Bharu, 21 Mei - Penyakit kanser perut jarang dihidapi oleh masyarakat Melayu di Kelantan dipercayai kerana faktor 'budu dan pegaga'.

Menurut Pakar Perunding Kanan Gastroenterologi, Hepatologi dan Perubatan Dalam ,USM, Prof, Dr. Lee Yeong Yeh, antara faktor utama penyakit tersebut adalah kewujudan kuman Helicobacter pylori (H.pylori) dalam perut namun bakteria jenis itu didapati jarang terdapat di kalangan penduduk negeri ini.

Katanya, pihaknya percaya unsur biokimia yang terdapat dalam makanan itu merencat pertumbuhan H.pylori sekaligus mengurangkan risiko penyakit kanser perut golongan yang menggemarab budu dan pegaga.

“Kita masih lagi dalam peringkat kajian awal namun setakat ini kita percaya pengambilan budu dan pegaga mungkin boleh mencegah H.pylori dan seterusnya kanser perut.

“Selain daripada itu, penduduk Melayu di sini juga didapati mempunyai jenis-jenis varian gen yang boleh menghasilkan unsur-unsur bahan kimia badan yang boleh melawan kuman H.pylori,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rFsTDT
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2rqtJrz
via MerahHatiCintaku.blogspot.com