ALOR SETAR: Seorang kanak lelaki ebrusia tujuh tahun terpaksa menahan azab selepas tangan kirnya telah tersepit dalam rim motosikal yang ditunggang oleh ibunya di alan Simpang Kuala di sini, lapor Bernama.
Dalam kejadian itu, mangsa yang membonceng telah terjatuh menyebabkan tangannya termasuk ke dalam rim motosikal yang sedang bergerak menyebabkan tangannya kirinya itu patah.
Orang ramai yang berada di tempat kejadian lantas cuba membantu mangsa sebelum menghubungi pihak bomba.
Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohd Naim Mat Jaaffar berkata, mereka telah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam l 1.58 tengah hari sebelum tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, kita dapati tangan mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam.
"Mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak ambulans dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut," katanya.
Sebuah jentera dengan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja terlibat dalam operasi menyelamat.
Video menunjukkan tangan kanak-kanak berkenaan tersepit dalam dalam rim motosikal berkenaan telah menjadi tular di laman sosial.
Sumber: Siakapkeli
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2oREse4
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2oRFwyM
via MerahHatiCintaku.blogspot.com