Friday 26 January 2018

Anak Melayu Catat Rekod Perkahwinan LGBT Yang Pertama Di Australia, "Anak Melayu Ni Bro, Tapi Akhirnya Hanyut.."


Sejak kebelakangan ini, isu LGBT terutamanya di kalangan orang Melayu dilihat semakin menjadi-jadi. Terbaru, seorang lelaki keturunan Melayu dikatakan telah selamat mendirikan rumah tangganya setelah bergelar isteri/suami kepada pasangannya di luar negara.


Lelaki yang dikenali sebagai Afham Janil dikatakan telah berkahwin dengan lelaki lain telah jadi bualan netizen di Malaysia setelah gambar-gambar beliau dan pasangan beliau tersebar di laman-laman media sosial.

Gambar-gambar yang telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Twitter, @mirul hafez baru-baru ini kemudiannya telah mendapat perhatian ramai netizen.


Sebelum terpesong, Afham merupakan seorang lelaki yang berpegang teguh kepada ajaran Islam, namun berubah sepenuhnya setelah tinggal di luar negara.

Menurut laporan Northen Territory News, Afham dan pasangannya, Keith Edwars dilaporkan sebagai pasangan pertama yang melangsungkan perkahwinan LGBT di Australia.


Bertemakan Cowboy, pasangan ini lengkap mengenakan sut, topi dan boot hitam. Majlis turut dihadiri beberapa kenalan terdekat mereka.

“Masyarakat tidak memandang negatif terhadap kami walaupun kami berpegangan tangan, berpelukan,” kata Keith Edward.

Difahamkan, Afham sekarang bertindak menyahaktifkan semua akaun media sosialnya dan memutuskan hubungan dengan rakan-rakan dan kenalan di alam maya.

Sebelum terpesong



Selepas terpesong




Sumber: http://www.ohmymedia.cc


from Sehinggit Media http://ift.tt/2DFArkC
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2rGyjU7
via MerahHatiCintaku.blogspot.com