Friday, 26 January 2018

Isteri Dirogol Depan Suami, Diseksa Serta Dipotong Dan Dimakan Organ Dalamannya..


SATU pasangan di Brazil dibunuh kejam dengan si isteri diperkosa di depan suaminya sebelum diseksa, termasuk dipotong tangan dan sebahagian organ dalamannya, termasuk rahim hilang, dipercayai dimakan pembunuhnya.

Cristina Amaral, 44, dipercayai dirogol dengan suaminya, Juvenal, 57, dipaksa melihat ketika sekumpulan penjenayah menyeksa mereka agar memberitahu lokasi wang 70,000 reais (RM83,276) milik pasangan itu disimpan.

Mayat pasangan itu yang cedera teruk ditemui tertanam di belakang rumah mereka di Camaçari, utara Brazil, pada 9 Januari lalu, dengan mayat Amaral kehilangan beberapa organ dalaman, termasuk rahim

Menurut Daily Mail, berikutan itu, polis menahan Daniel Santos Neves, 29, dan Carlos Alberto Neres, 25, bersama tiga remaja berusia 13, 14 dan 16 tahun.

Detektif Maria Tereza Santos yang mengetuai pasukan penyiasat berkata: “Kami yakin kumpulan penjenayah itu mengamalkan kanibalisme.”

“Kami tidak menemui anggota tubuh mangsa yang hilang itu. Daging lembut dilapah daripada tulang mangsa.”


Lima penjenayah, termasuk tiga remaja yang ditahan. 

Polis percaya pasangan itu menjadi sasaran rompakan selepas mendapat tahu mereka mendapat wang pampasan 70,000 reais.

Penjenayah terbabit mengetahui mengenai wang itu daripada seorang remaja yang ditahan kerana neneknya bekerja sebagai pencuci di rumah mangsa yang menceritakannya tanpa sebarang niat.

Polis percaya mereka memecah masuk rumah pasangan itu pada 5 Januari lalu dan menyeksa kedua-dua mangsa selama 24 jam sebelum dibunuh.

Siasatan mendapati si isteri dipotong tangannya ketika masih hidup.

Suaminya juga diseksa dengan belakangnya dibelah dengan pisau ketika masih hidup.

Maria berkata, suspek mengaku menggantung kedua-dua mangsa sebelum memenggal kepada si isteri.

Ketika penjenayah terbabit ditahan, polis merampas satu senapang patah, satu pistol dan kereta dipercayai milik mangsa.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media http://ift.tt/2ngC9h0
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2GfI7HQ
via MerahHatiCintaku.blogspot.com