Thursday 25 January 2018

Punca Sebenar Lelaki Panjat Lori Minyak Sebelum Digilis..


Semalam tular sebuah video di media sosial 2 orang lelaki bermotosikal mengejar sebuah lori minyak. Sorang daripada lelaki tersebut turun dari motosikal dan cuba untuk membuka pintu sebelah pemandu lori terbabit.

Cubaan itu gagal apabila lelaki berkenaan jatuh dari lori tersebut dan kakinya kanannya digilis oleh lori berkenaan.

Memetik laporan Kosmo Online, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat, kejadian itu berpunca apabila pemandu lori terbabit mmbunyikan hon yang membuatkan 2 lelaki ini berang dan tidak berpuas hati.

Mereka bertindak mengejar lori tangki minyak berkenaan, namun kemarahan itu bertukar tragedi apabila seorang dari lelaki tersebut terjatuh dari lori tersebut dan kaki kanannya digilis sehingga lumat.

Kejadian dikatakan berlaku di Jalan Buluh Kasab, Segamat, Johor. Identiti 2 orang lelaki berkenaan masih belum dikenalpasti.

Sumber: Eberita


from Sehinggit Media http://ift.tt/2DycFmp
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2FhDn31
via MerahHatiCintaku.blogspot.com