Saturday 27 January 2018

Kecoh Netizen Kecam Fizz Fairuz Dapat Pangkat DATUK. Akhirnya Datuk Fizz Fairuz Jelaskan Kenapa Dia LAYAK Dapat Anugerah Itu


PETALING JAYA: Pelakon Fizz Fairuz berharap orang ramai memahami mengapa beliau dikurniakan penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

INI SEBABNYA

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 39, menjelaskan, penghargaan itu diterimanya kerana beliau banyak terlibat dalam pelbagai aktiviti pelancongan di negeri kelahirannya itu menerusi syarikatnya Rain Maker Creation Sdn Bhd.

“Saya anak jati Raub. Mungkin orang tidak tahu tetapi saya banyak buat kerja untuk promosi pelancongan dan budaya Pahang selain menjadi ikon JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) Pahang.
“Saya harap mereka faham mengapa saya diberikan pengiktirafan ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, suami kepada aktres Almy Nadia ini menyedari kini memikul tanggungjawab yang berat selepas membawa gelaran tersebut.

Fizz menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada Sabtu.

Beliau antara 197 penerima darjah kebesaran dan pingat tersebut.

Adinda Sultan Pahang, Tengku Datuk Nor Akmar Sultan Abu Bakar mendahului senarai penerima pingat yang menerima Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) membawa gelaran Datuk Seri bersama 20 individu lain.

Isitadat disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media http://ift.tt/2GnxR0q
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2DHM7TS
via MerahHatiCintaku.blogspot.com