Indonesia kini sedang gempar dengan kes seorang pekerja di National Hospital Surabaya yang telah mencabul seorang pesakit wanita.
Rakaman pekerja mengakui kesalahannnya dan meminta maaf itu mendadak tular di media sosial.
Menurut laporan Tribun News, pesakit wanita tersebut mendakwa payudaranya diraba ketika pekerja terbabit, dikenali sebagai Junaidi menyorongnya keluar dari blik bedah ke wad.
Suami wanita tersebut yang dikenali sebagai Yudi Wibowo Sukinto pula menyatakan yang Junaidi berbual dengan isterinya sebelum meraba di payudara.
Sumber menambah, ketika itu wanita tersebut dalam keadaan separa sedar kerana dibius.
“Junaidi berbual dengan isteri saya, termasuk asal dari mana sebelum meraba payudara isteri saya tiga kali.
“Isteri masih tidak berpakaian kerana baru keluar dari bilik bedah. Isteri sedar namun tidak berdaya,” kata Yudi.
Susulan itu, satu laporan polis telah pun dibuat.
Keterangan pekerja tersebut sudah diambil dan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun.
Sumber: CARI
from Sehinggit Media http://ift.tt/2DBDkyB
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2Gi4Gvw
via MerahHatiCintaku.blogspot.com