Friday, 26 January 2018

“Terlalu Seksi?, Siapa Tahu Saya Telah Khatam Quran 15 Kali?”


Memulakan kerjaya sebagai jurulatih dan penasihat kecergasan, Nana Al Haleq kini bergelar pengacara.

Melihat badannya yang berotot dan sentiasa tampil seksi, sememangnya wanita berusia 31 tahun tidak terlepas dari kecaman dan tohmahan dari netizen.

Lebih mengejutkan, ramai yang mempertikaikan pegangan agamanya dan ada juga yang bertanyakan agamanya kerana menggayakan pakaian seksi.

“Sebagai manusia, saya ada juga ‘search’ nama di Google dan tidak sangka, ada yang menanyakan sama ada saya Islam dan sebagainya.


“Tidak semestinya dengan berpakaian seksi, sikap saya juga buruk. Siapa tahu saya sudah khatam al-Quran sebanyak 15 kali?” ujarnya kepada Berita Harian.

Tambah Nana, berpakaian seksi tidak melambangkan sikap seseorang dan apa yang penting adalah misinya untuk mengajak orang ramai menjalani amalan hidup sihat.

“Misi saya adalah untuk menyebarkan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat. Tidak semestinya dengan berpakaian seksi, sikap saya juga buruk,” katanya lagi.

Sumber: Rotikaya


from Sehinggit Media http://ift.tt/2rF2nQ5
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2GjfPMw
via MerahHatiCintaku.blogspot.com