Masih belum reda lagi isu serum Instafamous terkenal, Syafiqah Aina apabila ramai lagi netizen yang tak berhenti-henti bercakap mengenainya.
Terbaru, seorang pengguna Twitter, Meinmokhtar ada memuat naik status mengenainya sebelum seorang wanita membalasnya di ruangan komen:
Kenyataan Meinmokhtar telah membuat wanita yang dikenali sebagai Zulaiha itu marah lalu bertindak mengugutnya.
Katanya , kalau Meinmokhtar tidak hormat kepadanya, dia akan membuatkan masa depan lelaki tersebut gelap disebabkan dia bekerja di Bank Negara Malaysia. Jangan main-main!
Perkara ini mendapat perhatian akaun Twitter BNM kerana Zulaiha Anuar telah menyalahgunakan kuasanya, dan yang kelakarnya BNM mengeluarkan kenyataan Zulaiha bukan pekerja BNM.
Di Instagramnya, Zulaiha tetap mempertahankan dia bekerja di BNM. Ramai netizen mengutuk wanita terbabit yangseolah-olah gila kuasa dan menggunakan kuasanya di tempat yang salah.
Alahai, macam-macam! Itulah, lain kali jangan nak berlagak sangat di media sosial. Nanti tak pasal pula hilang kerjaya.
Sumber: CARI forum
from Sehinggit Media http://ift.tt/2GhQv9Y
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2BrTCII
via MerahHatiCintaku.blogspot.com