Tuesday, 2 January 2018

Ini Reaksi Ustaz Kazim Selepas Bertemu Iqram. Sungguh Halus Pemikirannya...


PENDAKWAH terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias mengakui menerima kunjungan daripada pelakon Iqram Dinzly di pejabatnya di Pusat Pendidikan Al-Barakah, Ipoh, semalam.

Dalam pertemuan itu, Mohd Kazim yang juga merupakan pengetua pusat berkenaan, mendedahkan bahawa perjumpaan antara mereka berlangsung dalam keadaan harmonis.

"Menerima kunjungan Iqram, sudah lama tak jumpa dia, syukur dia sihat, ok sangat...lama jugak borak dengan dia tadi. Halus pemikiran dia," katanya yang dipetik menerusi perkongsian di Facebooknya.

Nama Iqram disebut ramai pihak sebelum ini selepas perilaku aneh beliau menjadi tular sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Perubahan sikapnya itu, turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menjawab kepada perubahan dirinya Iqram mengakui bahawa perilakunya yang kini tular dan menjadi buah mulut netizen hanyalah sekadar untuk menarik perhatian

Dalam pada itu, ujarnya dalam pertemuan itu juga beliau sempat menyampaikan pesanan kepada Iqram.

"Saya sampaikan juga nasihat kepada dia," katanya.

Selain Iqram dalam kunjungan itu turut bersama mereka pelakon Johan As'ari.

"Empat bulan lepas saya ajak dia (Johan) ke Al-barakah hari ini dia datang dengan sahabat yang lain," katanya.

Jelas Kazim beliau gembira dapat bertemu mereka semua.

"Ceria dan sejuk memandang mereka. Insya-ALLAH, Johan akan belajar di Al-barakah begitu juga dengan Iqram cuma, dia perlu menemani ibunya yang masih dalam edah. Tahniah Iqram dan Johan.. saya doakan anda kuat dan menjadi insan yang hebat," katanya. - Sinarharian


from Sehinggit Media http://ift.tt/2CxfI0O
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2CJjZfu
via MerahHatiCintaku.blogspot.com