Denda Solat Sunat Dhuha Kepada Pelajar Datang Sekolah Lewat – Cerita dan gambar ini bersumberkan dari facebook Eizan Ariffin.
Tiba-tiba hati seorang ibu macam saya tersentuh melihat gambar-gambar ni yang dikongsi oleh seorang sahabat dalam group whatsapp. Bergenang pula kelopak mata ni. Katanya, pelajar-pelajar ni didenda Solat Sunat Dhuha kat dataran perhimpunan kerana datang lambat ke sekolah pagi ini.
MasyaAllah, serius saya sebagai seorang ibu sangat setuju kalau denda begini iaitu dengan cara solat sunat yang diberikan. Otak saya sebagai mak anak enam ligat terfikir. Kalau macam ni hari-hari lewat pun tak apa. Apapun, saya salute dengan Pengetuanya dan guru-gurunya yang bukan saja mengajar malah mendidik jugak.
Bahkan bukan sahaja boleh didik hati dan disiplin anak-anak sahaja, malah ibu bapa juga akan terkena tempiasnya. Mesti kita pun sebagai ibu bapa mahu perbaiki diri. Kena lebih bijak urus masa, kena lebih disiplin dan hormati rules orang lain. InsyaAllah, kita pun akan jadi lembut hati untuk keluar lebih awal hantar anak-anak ke sekolah, ajar diri kita untuk bangun lebih awal drpd biasa dan kejutkan anak2 lebih awal. Jadi tak adalah kes anak tertinggal van atau bas sekolah, tersangkut dalam kesesakan dan sebagainya hingga lambat sampai ke sekolah.
Sebagai ibu saya melihat ia daripada sudut yang positif. Yang mana kurang kita perbaiki. Almaklumlah hari pertama dan kedua persekolahan, trafik memang sesak. Kebanyakan ibu bapa hantar sendiri anak-anak dalam sehari dua ni termasuk saya sendiri. Memang jalan nak masuk ke sekolah sesak.
Apapun, sebagai anggota masyarakat, sama2 kita doakan yang terbaik buat semua. Moga-moga tak adalah mak ayah yang argue denda begini
Kita dulu-dulu pun bukan baik mana kan??
KELEBIHAN SOLAT DHUHA : BUKAN SEKADAR MURAH REZEKI
Amalan solat dhuha sudah menjadi kelaziman harian dalam masyarakat Islam hari ini.
Rata-rata mereka yang istiqamah melazimi ibadah sunnah ini kerana beriman dengan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW mengenai kelebihan solat dhuha yang banyaknya menyentuh bab dipermudahkan rezeki.
Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata:
“Kekasihku – Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam – mewasiatkan tiga hal padaku: berpuasa tiga hari setiap bulannya, melaksanakan solat dhuha dua raka’at dan solat witir sebelum tidur.”
(Muttafaq ‘alaih)
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah tersebut jelas, solat sunat dhuha adalah antara amalan sunnah yang tidak boleh diambil mudah akan kebesaran fadhilatnya.
Malangnya, masih ramai yang beranggapan bahawa manfaat solat dhuha hanyalah terhad sekadar kepada ‘pembuka rezeki’.
Sumber: https://suaramedia.org/
from Sehinggit Media http://ift.tt/2D3deI5
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2APeN6V
via MerahHatiCintaku.blogspot.com