Sunday, 7 January 2018

"Orang Malaysia Jangan Bodoh Nak Buat," - Rawatan Pemutihan Alat Sulit Lelaki Jadi Trend, Semua Kecoh


Thailand, negara yang cukup terkenal dengan rawatan kecantikan dan pembedahan plastik yang hanya menelan kos yang murah.

Disebabkan itu ramai orang Malaysia ke Thailand, 'cucuk' sana sini walaupun sedar akan berdepan dengan risiko yang tinggi kerana sesetengahnya tiada jaminan keselamatan.

Percaya atau tidak negara tersebut sekali lagi muncul dengan kaedah rawatan baru iaitu pemutihan zakar! 


Dengar macam kelakar tapi realitinya rawatan ini sekarang sedang menjadi kegilaan mereka dan mulai menjadi trend.

Perkhidmatan memutihkan zakar ini bermula di Hospoital Leux yang terkenal dengan rawatan pemutihan anggota badan apabila salah seorang pesakitnya mengadu kemaluannya berwarna gelap. 

Dari situlah timbulnya idea untuk menawarkan rawatan tersebut dan sehingga kini ia mendapat sambutan dan menerima pelanggan mencecah seratus orang sebulan.

Ia menjadi tular selepas salah seorang pelanggan yang melakuka rawatan tersebut memuat naik testimoninya di media sosial. 

Walau bagaimanapun perkara ini telah mencetuskan kebimbangan masyarakat terutamanya rakyat Malaysia kerana alat sulit adalah sensitif dan tiada siapa tahu apa kesannya pada masa akan datang.

Rata-ratanya mengecam rawatan tersebut dan meminta agar penduduk Malaysia tidak terjebak melakukannya.


Bukan wanita sahaja yang obses dengan kecantikan, sekarang ini kaum lelaki pula yang melebih-lebih. Sampai alat sulit pun nak diputihkan. Ada yang terfikir nak buat ke? Apa hukum dari segi Islam pula? 

Sumber: CARI forum


from Sehinggit Media http://ift.tt/2CRS8g8
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2m9PgRq
via MerahHatiCintaku.blogspot.com