Zaman dahulu jika berkahwin pada usia seawal 16 tahun, ianya merupakan perkara biasa bagi masayarakat Melayu. Wanita yang kahwin lambat pula akan menjadi bahan umpatan.
Namun zaman sudah berubah! Sekarang, wanita yang berkahwin awal pula menjadi bualan orang ramai kerana dianggap masih belum matang untuk melayari bahtera rumah tangga.
Tular di media baru-baru ini adalah kisah Amyra Nadya, seorang wanita yang memilih untuk berkahwin awal iaitu pada usia 17 tahun.
Ternyata keputusan Nadya memilih 'jalan halal' menjadi bualan netizen selepas dia memuat naik gambar nikah di Instagram dan Twitter.
Memandangkan usinya yang masih muda, ramai yang memberi kata-kata positif dan nasihat serta mendoakan yang baik-baik buat mereka.
Namun tak kurang juga ada yang 'mulut longkang', mempersoalkan keputusannya untuk berkahwin awal sedangkan dia boleh bergembira dahulu dengan rakan-rakan.
Jodoh dan maut semuanya di tangan Tuhan, sekurang-kurangnya Nadya boleh dijadikan contoh kepada orang lain dengan segera berkahwin. Ianya lebih baik dari hanya bercinta tanpa batasan, selain dapat mengelakkan diri dari melakukan maksiat, betul tak?
Masing-masing mempunyai matlamat dan tujuan hidup masing-masing dan seharusnya kita menghormati pendapat dan keputusan orang lain. Apa pun, kami doakan agar hubungan Amyra Nadya dan suami berkekalan hingga ke akhir hayat.
Sumber: CARI forum
from Sehinggit Media http://ift.tt/2qjTnin
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ClEspo
via MerahHatiCintaku.blogspot.com