Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam kehidupan kita sejak berzaman dan saban tahun lagi, pengurusan kewangan adalah sangat penting. Literasi kewangan adalah keupayaan menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk membuat keputusan pengurusan wang yang berkesan. Apa yang kita perlukan adalah panduan dan contoh yang akan membantu meningkatkan pemahaman terhadap konsep ekonomi.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Semua individu, usahawan atau peniaga kecilan pun perlukan asas perancangan kewangan yang betul. Pentingya adalah untuk membantu menyelesaikan situasi apabila sumber pendapatan anda terhad atau tidak menentu. Ramai yang gagal menghadapi keadaan apabila berlakunya kenaikan kos sara hidup.
Mengapa ramai gagal menabung?
Antara punca-punca ramai orang gagal menabung adalah kerana :
- Pendapatan tidak mencukupi.
- Perbelanjaan terlalu tinggi.
- Amal gaya hidup melebihi kemampuan.
- Belanja wang tabungan.
- Tidak mematuhi anggaran perbelanjaan.
- Melakukannya kerana terpaksa atau tidak ikhlas.
- Tiada peruntukan untuk kecemasan.
- Matlamat tabungan terlalu tinggi.
- Keadaan hidup telah berubah.
- Anggaran perbelanjaan tidak betul
Ada beberapa cara juga untuk menabung seperti simpanan di bank, koperasi, Tabung Haji, melabur di saham Amanah, emas serta perak, caruman KWSP dan juga takaful.
Strategi perlu ada bagi menguruskan perbelanjaan diri, keluarga mahupun organisasi. tetntukan matlamat kewangan anda, kenalpasti dan menilai tabiat berbelanja serta menulis rancangan perbelanjaan anda.
Atasi aliran tunai negatif
Ada beberapa cara yang perlu dilakukan untuk mengatasi aliran tunai negatif. Antaranya kita perlu bandingkan harga barangan sebelum membeli. Contoh yang dapat belajar daripada Jualan Mega 11.11 yang lalu, ada peniaga yang menaikkan harga 100 peratus dan kemudian memberikan harga diskaun 50% pada hari jualan dan ini akan memerangkap emosi pembeli.
Jika kita sudah biasa dengan membuat perbandingan terlebih dahulu, sudah pasti tidak akan mengeluarkan wang yang lebih untuk mendapatkan barangan yang sama kualiti.
Beli barangan keperluan sahaja dan perlu bezakan antaran keperluan dan kehendak. Contohnya telefon bimbit adalah satu keperluan dan aksesori lampu berkelip-kelip ketika telefon berdering itu adalah hanya satu kehendak kecil.
Teknik mudah pantau aliran tunai
Apa yang banyak berlakunya sekarang adalah, ramai individu dan usahawan tidak melakukan rekod aliran tunai di dalam buku perbelanjaan. Pendapatan yang lebih besar daripada perbelanjaan akan hasilkan aliran positif manakala jika perbelanjaan melebihi pendapatan, maka defisit akan berlaku.
Pada masa sekarang juga terdapat sistem perakaunan mudah yang boleh menguruskan audit dan boleh diakses pada bila-bila waktu seperti WaveApp dan juga Simplified Business System (SBS).
Sistem perakaunan itu juga boleh memantau prestasi perniagaan dengan mudah melalui sistem yang telah diintergerasikan. Penggunaan sistem berasaskan dokumen perniagaan juga tidak memerlukan pengetahuan terperinci mengenai perakaunan.
Contohnya di atas kertas, sesebuah syarikat menunjukkan fasa keuntungan demi keuntungan saban bulan, suku tahunan atau tahunan. Apabila melihat di akaun bank, ia adalah sebaliknya dan ia boleh berlaku apabila perlaksanaan kerja dalam bentuk hutang. Dalam erti kata lain, semak invois yang belum dibayar oleh pelanggan anda.
Tips dan asas buat pinjaman
Sebelum membuat pinjaman, perlu kita ketahui sama ada perlu atau tidak untuk kita buat pinjaman. Tentukan tujuan pinjaman itu, adakah untuk tambahan dana bagi meneruskan operasi perniagaan atau hanya sekadar tampungan kecemasan.
Pinjam pada kadar faedah yang rendah dan ini semua perlu dilihatkan dan dibandingkan oleh si peminjam. Usahawan dan peniaga kecil tidak patut terlepas pandang hal ini dan perlu mempunyai kemampuan bayar balik di sepanjang tempoh pinjaman. Kawal nisbah hutang kepada pendapatan contohnya 40% bayaran pinjaman dan 60% baki pendapatan.
Jumlah pendapatan bersih perlu dikira untuk membayar balik pinjaman dan ini perlukan disiplin yang berterusan.
Bagi yang perlu bantuan pengurusan kewangan, boleh rujuk kepada institusi kewangan, Bank Negara Malaysia dan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK).
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2zfvZor
via Denaihati.com