Wednesday, 14 November 2018

Cara bayar hutang pada pemberi hutang yang menghilang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Pasangan Melayu bercerai sebab remeh temeh”. Kali ini nak kongsi isu panas bab hutang yang memang isu tak kesudahan dari dunia sampai kiamat.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Ini bukan kali pertama Abang menulis kisah hutang di sini. Sebelum ini sudah beberapa kali menulis tajuk hutang antaranya :

  1. Kisah Hutang Sejuta
  2. Tips tuntut hutang pada kawan-kawan yang liat bayar hutang
  3. Liat nak bayar hutang

Kalau ada masa bacalah entri-entri di atas ini semuga ada manafaat kepada yang berhutang dan memberi hutang.

Baru-baru ini seorang ustaz yang pakar bahagian harta pusaka di Pejabat Agama Hulu Langat berkongsi ilmu. Kata ustaz hutang wajib di bayar. Ada dua cara untuk melepaskan diri dari beban hutang.

1. Membayar hutang
2. Penghutang menghalalkan hutang

Beratnya hutang apabila si penghutang meninggal dunia, waris wajib guna harta yang ditinggalkan membayar hutang. Jika waris tak nak bayar maka arwah akan terus menanggung hutang sehingga bila-bila.

Gaji guna bayar bil dan hutang setiap bulan

Hisyamudin FadzilTuntut sampai ke kubur

Akma Omar : Tang membayar hutang tu ramai yang liat, buat hutang pandai selalu dengar janji manis minggu depan saya bayar, bertahun buat tak tahu nak halalkan pun geram hahaha

Akma Omar : Hukum berhutang ni semua tahu akibat yang akan ditanggung simati jika tak langsaikan tapi yang hidup banyak yang lupa dan tak ambik peduli walaupun ada harta ditinggalkan, geram.

Ustaz juga kata ketika israk mikraj, Rasul nampak banyak pintu Syurga antaranya dua pintu Syurga

1. Ada pintu Syurga tertulis 10 kali ganda bagi yg bersedekah
2. Ada pintu Syurga tertulis 18 kali ganda yg memberi pinjam

Maknanya memberi hutang lebih banyak pahala daripada memberi sedekah.

Berita hutang PTPTN

Nak bayar hutang tapi tak jumpa orang nya

Dulu berhutang tak bayar sebab masa tu jahil jadi buat tak kisah hal bayar hutang. Sekarang dah tahu hukum dan akibat dunia dan akhirat. Perasaan insaf dan takut hukuman tidak membayar hutang sentiasa bermain difikiran.

Cari punya cari tak jumpa kawan yang beri hutang dulu tu. Nak buat apa ni??

Boleh serah ke Baitulmal Selangor pada bahagian bayaran hutang. Baitulmal akan rekodkan semua detail dan simpan duit tersebut sehingga dituntut oleh pemberi hutang atau waris.

Usaha kita nak bayar hutang ALLAH tengok. Kepada yang berhutang azamlah nak membayar hutang jangan dibiarkan begitu sahaja yang susah kita juga nanti. Hutang peribadi, hutang rumah, hutang kereta, hutang kad kredit, hutang along, hutang kpperasi dan juga hutang PTPTN wajib dibayar tanpa alasan,

Jom azam bayar hutang.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2qOf5IY
via Denaihati.com