Thursday, 15 November 2018

Konvokesyen UKM ke 46 sidang ke 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Non muslim tak boleh masuk MAKKAH”. Kali ini nak kongsi kisah anak yang tamat belajar di UKM dalam bidang Pengajian Al Quran dan Sunnah.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Setelah Abang meninggalkan UKM pada tahun 1991 apabila tamat pengajian Sarjana Muda Dietetik, Prof Osman Ali telah memberi peluang untuk Abang menyambung pengajian master dan PHD. Buat projek polar pemakanan untuk orang asli di Raub, orang asli di Bukit Lanjan dan orang Melayu Kampung Setinggan Kerinci. Setelah berbulan-bulan mengurus projek siang dan malam. Apabila projek selesai bajet projek habis terpaksa tarik diri sebab kita anak orang miskin tak boleh bertahan kalau tak ada bajet.
Alhamdulillah junior yang menyambung projek sekarang sudah berjawatan Profesor penuh.

Semenjak tu tak pernah menoleh ke UKM sehingga beberapa tahun lepas menjadi jemputan majlis makan malam Fakulti Pengajian Islam dan diberi kesempatan berucap di atas pentas keramat Dectar dulu pentas menerima ijazah.

Hari ini tersentuh hati apabila masuk Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar)  ditampal sticker alumnai di dada kanan ketika menghadiri kovokesyen anak lelaki Amirul Fahim. Paling tersentuh hati semasa ucapan Naib Canselor memberi penghargaan dengan bacaan sajak khas untuk semua alumnai yang datang mengiringi anak untuk menerima ijazah. Sebenarnya UKM tetap di hati kerana di sini segala bermula.

Kisah Nordin yang berusia 12 tahun ketika itu menderma RM1 utk membina UKM sangat menyentuh.

Suriani OmarTouching sungguh ceriter TS Noor Azlan tentang Tok Batin Orang Asli yang menyerahkan tanah kampung mereka untuk jadi tapak kampus UKM sekarang. Tapi moment yang sangat manis apabila cucu Tok Batin tersebut adalah salah seorang graduan Fakulti Perakaunan yang menerima ijazahnya hari ini.

Konvokesyen ke 46 ini bukan sahaja menemani anak untuk menerima segulung ijazah sarjana muda Pengajian Al Quran dan Sunnah dari Pro Canselor Tun Ahmad Sarji dan mendengar pembuka bicara majlis yang sangat menyentuh hati oleh Prof TS Dr Noor Azlan Ghazali juga melambai tangan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah UKM yg baru TS Abdul Wahid Omar.

Paling terkenang semasa konvokesyen ke 17 dulu, masa inilah pertama kali bawa madam berjumpa emak, abah dan adi beradik yang datang. Masa itu madam pakai baju hijau dan hari ni tak plan pun pakai baju hijau juga.

Ketika di dalam Dewan Canselor Tun Abd Razak (Dectar) teringat semua kawan2 sepejuangan, setiap wajah terbayang. Masuk hutan keluar hutan, panjat bukit dan gunung, dari fakulti ke fakulti, dari kolej ke kolej, dari Universiti ke Universiti berjuang untuk mertabatkan kejayaan anak bangsa yang selalu leka apabila telah bergelar mahasiswa mahasiswi.

Amirul Fahim : Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah SWT kerana diberi peluang untuk menuntut ilmu sehinggalah tamat pengajian degree. Di sini sedikit penghargaan untuk mereka semua. Terima kasih diucapkan kepada;

1. Ibu ayah, adik beradik Aina Sahira, Amyerul Hazeekq, Amirul Irfan, Awin Najah, pakcik makcik dan sanak saudara yang selalu memberi sokongan padu.
2. Guru-guru daripada sekolah tadika sehinggalah para pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia.
3. Kawan-kawan daripada zaman kegemilangan tak matured sehinggalah zaman akil baligh.
4. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang selalu ada time susah senang bersama.
5. Roomate daripada first year sehinggalah third year.

Konklusinya, terima kasih kepada semua yang pernah hadir dalam diri ini. Semoga Allah balas jasa baik kalian dan diberikan rahmat yang luas serta dilimpahkan rezeki yang halal.

TERIMA KASIH SEMUA



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2RVRktT
via Denaihati.com