Monday, 5 November 2018

Ayah derhaka yang melahirkan anak-anak yang derhaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi kisah anak derhaka yang melahirkan anak-anak yang derhaka juga.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Tersentuh hati tengok satu rancangan yang mengisahkan anak yang derhaka pada ibu bapa yang disiarkan di TV Naura. Video kisah ini pernah jadi viral dari wassap ke wassap dari facebook ke facebook.

Ayah : Saya ada 10 orang anak semua ada ijazah, kerja gaji besar, ada kereta BMW, ada kereta Mercesdes, rumah besar.

Ayah : Anak-anak saya lima enam bulan sekali nak telefon tanya khabar saya pun susah masing-masing sibuk dengan urusan.

Ayah : Ada satu kejadian saya datang Kuala Lumpur naik pesawat. Sampai KLIA saya call anak bagi tahu saya bawa beg banyak minta anak jemput. Tunggu dua tiga jam anak tak sampai jadi saya naik bas. Sampai di KL Sentral anak saya teefon kata dia dah sampai KLIA.

Ayah : Saya tak salahkan anak-anak saya tapi saya salahkan diri saya sebab dulu masa bapa saya ada sekali pun saya tak pernah cium tangan dia, emak saya adalah dua tiga kali saya cium tangan dia. Tak pernah sekali pun beli hadiah untuk ibu bapa walaupun hanya selipar jepun.

Ayah : Inilah yang ALLAH balas pada saya, ini baru kat dunia nanti di akhirat lagi teruk.

tangan ibu

Teringat dulu masa Abang kecik-kecik, Abah dan Emak Abang setiap tahun balik raya Aidilfitri di Kampung Sri Tanjung Muar. Dulu punya susah naik nak sampai kampung kena naik banyak bas nak sampai kampung. Seumur hidup arwah atok memang tak pernah Abah dan Emak tak balik kampung. Susah macam mana pun tetap setiap tahun balik kampung. Alhamdulillah hasilnya sekarang boleh kata setiap minggu ada je anak-anak yang balik rumah ziarah Abah dan Emak.

Kat kampung kami ada emak bapak yang anaknya balik setahun sekali masa raya dan ada juga yang balik beberapa tahun sekali. sedih tengok diaorg.

Apa yang kita buat pada emak bapa kita sekarang itulah yang anak-anak akan buat kepada kita nanti dan cucu-cucu kita akan buat pada anak-anak kita nanti.

Wawa TajudinAlhamdulillah. Saya direzekikan dekat dengan mama dan abah. Sebolehnya selepas ofis, akan usaha ke rumah mama abah walau untuk sembang kosong (tetapi acara wajib makan). Pernah balik umah sendiri terus lepas ofis. Allah lain rasanya. Syukur, nikmat Allah dapat tengok mama abah setiap hari.

Amir Hassan : Alhamdulillah apa yang dibuat ni pasti ALLAH bagi macam-macam kebaikan dalam kehidupan sekarang dan masa depan.

Wawa Tajudin : Aamin…in sha Allah Tn Haji mudah mudahan

Che Sue Izzeyda : Pernah terbaca kisah ni sebelum ni. itulah sebaiknya kita ziarah ibu bapa selalu selagi mereka masih ada, cuba berbakti sebaiknya.

Amir Hassan : ada video pak cik ni viral satu Malaysia

AJ PagohDulu masa kecil mak selalu hantar makanan kat arwah atok. Pagi kerja menoreh, petang sikit bangkit susu getah, tengahari tu balik masak siap-siap hantar kat atok. Bila mak tak sempat hantar, saya kayuh basikal sejauh 15km kerumah atok. Sekarang walaupun saya kerja 1 pekan dengan rumah mak, selagi tak singgah rumah selagi tak tengok muka mak selagi itu hati tak tenang. Bila tak sempat balik mesti call mak cakap tak sempat singgah. Bila dah berkeluarga dan tinggal di bandar Muar, (untuk memudahkan kerja dan jimatkan kos ) selang satu hari akan balik rumah mak bawa motor je (sebab tak bawa anak bini) dan temankan mak. Selagi diri masih bernyawa dan mampu itulah rutin harian saya.

Amir Hassan : semuga tuan dirahmati ALLAH.


Setiap dari kita ada kisah bersama ibu bapa yang kita sayangi. Kepada yang masih ada ibu bapa jadikan mereka jabatan kita ke Syurga. Kepada yang sudah tiada hadiahkan Al Fatihah setiap hari kerana mereka menanti doa dan amalan dari anak-anak yang soleh.

from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2Qm7MTI
via Denaihati.com