Saturday, 10 November 2018

Smart TAG baru sangat teruk dan penyelesaiannya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi pengalaman teruk menggunakan smart TAG baru.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Ini bukan kali pertama Abang menulis masalah smart TAG baru. Pada tahun 2014 menulis entri tajuk “Smart TAG baru sangat menyusahkan pengguna“. Entri ini mendapar lebih sembilan ribu share dan beratus komen. Selepas hampir empat tahun masalah yang sama masih belum berubah.

Bila nak lalu lorong samart TAG mesti berdebar. Dulu masa guna smart TAG baru selalu kantoi palang tak terbuka. Bukan sekali banyak kali. Ada sekali adik tol tu minta goyang-goyangkan smart TAG katanya bateri longgar, dia suruh sedal bateri bagi rapat.

Sepatut barang baru lebih bagus dari model lama yang besar. Sekarang kami guna model lama ni pun dah macam nyawa-nyawa ikan anytime expired. Selalu nampak kereta tersangkut kat lorong smart TAG dan nampak macam-macam drama nak bagi sensor kesan. Ni cerita lama tapi PLUS & Touch ‘n Go buat tak kisah dan masih jual smart TAG baru yang teruk

Bilalah nak berubah?

Mohamad HanafiMasih setia pada smart TAG lama walaupun berbalut solitip asalkan tak fobia mcm sifu Amir Hassan dan kebanyakan orang kena.

Lina HamzahKami ada 3 smartag baru yang nipis dah tak boleh guna, geram betul lalu palang asik tak naik sudahnya guna touch n go je.

Amir Hassan : kami ada dua yang baru tak guna. Ada dua yang lama satu nyawa-nyawa ikan. Satu dah tak boleh guna. Pening betul yang tukang buat ni tak kan lah bengap sangat tak tau masalah pengguna.

Lina Hamzah : tau takpe rasa nak gi opis depa baling je. Kami ada 1 yang lama tu je yang bertahan walaupun dah kena ikat getah.

Fadzilah JamaluddinSama-sama yang kami pun ikat getah kadang-kadang barang lama lagi bagus dari yang baru.

Roslan Hamid : Kat Seoul tak masalah pun system smart tag ni. Laju aje kenderaan dan palang terangkat dengan cepat. Diberitakan asalnye smart tag dan touch & go ada lah system yang satu tapi bila tiba Malaysia dibahagi kepada dua syarikat berasingan demi keuntungan syarikat-syarikat yang berebut business.

Darwish Danial : Sekarang dah ada RFID. RFID adalah system baru pembayaran toll menggunakan sticker untuk melepasi palang tol. Pelekat RFID, juga dikenali sebagai tag RFID, adalah unik untuk setiap kenderaan dan tertanam dengan cip frekuensi radio dan dilekatkan pada cermin depan atau lampu depan kenderaan. Pelekat akan dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet yang mana tambang akan ditolak.

Lina Hamzahsticker tu nak dapat kat mana 

Hisyamudin FadzilSebelum ni ada open untuk pilot test RFID ni. Tp dah tutup. Ni dia bukak semula. Buka laman www.touchngo.com.my dan kat situ ada dah pop up daftar rfid.

Yana Yassin : kena bayar apa-apa dak.

Hisyamudin Fadzil : bayar topup lah. Satu apps boleh control beberapa sticker rfid yang dipasang pelbagai kenderaan.

Ebad Abid : rfid hanyalah sekeping sticker yang ditampal kat windscreen. Bukannya any device yang perlu kan mantainance. So dia akan link kan dengan apps e-wallet touch n go. Any deduction toll fare directly dari apps. Tak payah nk beratur untuk top up kad dah, reload online dlm apps je.

Siti Aminah WahabAlhamdulillah, masih guna yang lama dan tiada masalah. Cuma kalau lalu Smart Tag memang slow je, takut tak bukak je palang. Kadang touch n go lagi laju dari kami.

Akma Omar : Smart tag baru ni sensitive sikit dengan tinted kereta kalau gelap sikit tak detect kena sua ikut tingkap, yang lama tu bagus dan kuat jatuh terkopak camne pun lah masih boleh guna huhu

Khayla Azwan : So far alhamdulillah dua tahun pakai tak pernah sangkut kat smart TAG. 6 bulan pakai bateri GP. Next saya pakai batteri jenama murah. Beli kat kedai Eco RM2 untuk 2 bijik.

Amir Hassan : ada kesan ke bateri murah dan mahal. Ada juga terdengar kata bagus pakai bateri biasa.

Khayla Azwan : ada yang cakap pakai batteri GP 1604 bagus tahan lama. Senang detect smart tag. So far saya pakai yang murah rasa sama je. Dari start beli sampai skarang saya tak pernah ubah posisi smart tag. So far tak pernah sangkut kat smart tag.

Semuga sistem RFID tag dan aplikasi Touch n Go dapat menyelesaikan masalah smart TAG baru yang teruk. Perubahan mesti dibuat dengan cepat tak boleh ambil masa terlalu lama.

Denaihati Network



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2T3eCj1
via Denaihati.com