Tuesday, 13 November 2018

Cerita politik Malaysia dari orang politik yang sudah berhijrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi catatan Dato Roslan Ab Hamid sahabat sama-sama belajar dan sama-sama berjuang dalam politik kampus di UKM. Dato Roslan sekarang sudah berhijrah ke dunia bisnis digital, mengajar menjadi pemidato umum yang bagus dan menjadi penulis tetap kolum ekonomi digital di Sinar Harian. Sekarang Dato Roslan berulang alik ke Indonesia membantu pemasaran digital sebuah syarikat besar di sana. Skill politik masih tajam walaupun semakin jauh Dato dengan politik. Menarik catatan Dato kali ini.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

1. Dari subuh muda 10 Mei yang sudah, sampai ke malam amat tua bulan November, ramai yang coba bantu hias wajah sejarah. Hajat berkerdip, hasrat berbalam. Malaysia Baru dalam impian.

2. Pesona politik selalu melahirkan pesona manusia yang pura pura. Mahu kuasa dengan apa jua cara. Mahu kaya dengan tipu daya. Mahu dianggap wira dengan slogan berjuang demi agama, bangsa dan negara.

3. Partai mewariskan watak suka berdolak. Tanduk cantik macam rusa, kulit tebal macam badak. Sebelum masuk rimba politik, pintar macam kancil masa beridealisma. Selepas masuk rimba politik , suka curi masuk reban ayam, macam musang.

4. Sebelum PRU, gelombang kuat bersabda ,tanah air makin goyah , konon dijualnya bergilir dengan murah. Kata kata ini menjadikan rakyat jadi sangat resah.

5. Rakyat rasa sakit dan diri tersepit saat edah pilihanraya mara menghimpit. Para pejuang harapan bergaul dengan para pendokong rakyat yang pilu. Sembang mereka semesra fikir dan hati, menilai penindasan pemimpin bangsa sendiri.

Datuk Roslan Hamid

Selfie bersama Datuk Roslan Hamid di Big Bad Wolf 2013

6. Kini, kuasa telah bertukar tangan. Kerajaan Malaysia Baru sedang menongkat kuasa. Memerintah Malaysia dengan penuh harapan. Lima tahun mimpi bukan secebis. Kisah bukan juga selapis. Iktibarnya kerakusan lalu belum jua terkikis.

7. Apa yang berlaku dalam bulan Oktober dan selanjutnya ini menggusarkan jiwa. Perang politik dalam PKR menjadikan kita terpana melihat pergaduhan dangkal rebut kuasa secara fizikal. Ia tidak pernah berlaku dalam mana mana partai sebelum ini, sebobrok mana pun mereka disebut dan didongeng cerita.

8. Kita juga jadi pelik apabila melihat kebelakangan ini “banjingan politik” yang dulu bertebaran memburu uang dan mencaci nista lawan mula menghantar borang untu ikut bersarang dalam Bersatu. Apakah gerangan sedang berlaku?

9. Enam dekad negara berterusan dikatakan pengap kerana tersalah undi dan lahirnya ramai yang penyonglap. Apa yang jadi bikin ramai pengkaji jadi sentap.

10. Hajat berkerdip, hasrat berbalam. Apabila gah disebut cerita, rakyat telah buat keputusan betul pada 9 Mei, 2018, kenapa sekarang jelas nyata penyolap, penjilat, macai dan balaci UMNO dibenar masuk juga dalam parti suci penuh inspirasi macam Bersatu.

11. Inilah yang jadikan ramai orang termanggu. Pelik bercampur keliru. Hubaya hubaya , banjingan tengik bekasan UMNO itu, manis-manisan menunjuk muka menghulur borang mahu ikut serta. Selepas itu Bersatu yang suci dan murni akan ikut hamis, lara dan seksa. Macam UMNO yang telah dicaci cerca.

Dato Roslan Ab Hamid
Dectar UKM.
11 November, 2018



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2OEkA6l
via Denaihati.com