Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Cerita mengenai jemaah tabligh sudah lama kita dengar dan lihat, sejak kecil lagi. Melihat kelompok manusia bergerak dari rumah ke rumah, kampung ke kampung sambil memberi tazkirah dan mengajak umat membuat amal soleh dan kebaikan.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Jemaah Tabligh merupakan komponen dakwah yang signifikan dalam mengembangkan ajaran Islam di Malaysia. Penyertaan sebahagian Muslim Melayu dalam Jamaah Tabligh pada tahun 1970-an memberi petunjuk bahawa kedudukan Islam mula diberi perhatian secara meluas berbanding sebelumnya.
Perkataan Jamaah Tabligh itu terhasil daripada dua perkataan yang berbeza makna yakni ‘Jamaah’ itu bermaksud perkumpulan, komuniti, dan masyarakat yang merujuk kepada beberapa ayat al-Quran dan al-Hadith manakala, ‘tabligh’ bermaksud menyampaikan.
Ijtimak Malaysia 2018 kali ini bagi kawasan tengah dibuat di MAEPS, Serdang. Puluhan ribu manusia dari pelbagai lokasi, bangsa dan peringkat umur datang ke sini. Istilah dalam dakwah Tabligh seperti khuruj, jaulah atau ghast, ta’lim, bayan, tasykil, ziarah, musyawarah dan karguzari digunakan secara seragam sebagai simbol penyatuan hati.
Dikongsikan sedikit ilmu di bayan maghrib pada 5 November 2018 yang lalu.
Semua aktiviti keilmuan akan membawa kepada kemuliaan, ketinggian, dan peningkatan. Sebaliknya seluruh usaha dan aktiviti kejahilan akan menjerumuskan para pengusahanya ke lembah kehinaan, kerendahan, dan kemunduran. Dan kejahilan itu menurut alim ulamak ada 2 bentuk:
1. Seorang yang sememangnya tak tahu akan hakikat sesuatu perkara.
2. Seorang yang memahami sesuatu dengan kefahaman yang salah.
Ini juga termasuk kejahilan sekalipun adakalanya orang tersebut memiliki maklumat keagamaan yang banyak.
Mengatakan bahawa makhluk boleh buat sesuatu (manfaat dan mudarat) adalah kejahilan kerana pembuat yang sebenarnya adalah Allah swt.
Allah SWT mengutuskan seluruh anbiya’ untuk mengeluarkan umat dari kejahilan dan kesalahfahaman ini, kerana seluruh umat yang datang ke dunia ini terkesan dengan hasil usaha masing-masing.
Untuk meyakinkan umat tentang kebenaran para Nabi A.S., maka Allah swt telah mengurniakan mukjizat kepada mereka. Dan hakikatnya bahawa mukjizat adalah dalil nubuwwah bukanlah qudrat Allah.
Mukjizat para Nabi bukanlah matlamat bagi pengutusan mereka bahkan mukjizat hanyalah petunjuk atau bukti kenabian semata-mata, kerana maksud nubuwwah adalah agama.
Sebagai bandingan, sebagaimana alam semesta ini merupakan tanda kekuasaan Allah dan ianya adalah bukanlah kudrat Allah. Makhluk ini tidak boleh katakan sebagai qudratullah kerana qudratullah tidakkan terpisah dari zat Allah sedangkan makhluk-makhluk ini pasti akan hancur dan binasa.
Oleh yang demikian para Nabi datang untuk mengajar manusia bagaimana untuk mencapai makrifatullah.
Firman Allah swt: Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu. (Surah Adz-Dzariyaat [51]: 56)
Maksudnya adalah supaya mereka mengenali Allah swt. Maksud ibadah dalam ayat ini bukanlah sekadar rupa ibadah tetapi hendaklah menyembah Allah swt dalam keadaan kalian mengenali dan mengetahui kehebatan dan keagungan Allah.
Hari ini ramai manusia yang beribadah dalam kejahilan, iaitu mereka menyembah Allah tapi keyakinan hati mereka kepada duit, kedai, harta benda boleh beri manfaat. Hakikat ibadah adalah apabila kita menyembah Allah dalam keadaan hati kita meyakini bahawa zat yang Maha Berkuasa hanyalah Allah SWT.
“Hanya kepada Mu aku menyembah dan hanya kepada Mu aku memohon pertolongan”
Untuk mendapat hakikat makrifatullah maka kita kena tutup mata kita dan mula berjalan di dunia dengan yakin dengan khabar yang datang dari Allah dan Rasul.
Oleh sebab itu, Allah SWT mulakan Al Quran dengan Alif Lam Mim, iaitu sebelum kita mula mempelajari ilmu agama maka kita hendaknya mulakan pengajian dengan menafikan keilmuan kita merasakan bahawa aku tidak mengetahui apa-apa dan mula belajar dengan meyakini bahwa kami hanya percaya kepada apa yang Allah dan Rasul SAW khabarkan.
Secara peribadi, jemaah tabligh ini sememangnya tidak tertumpu kepada parti politik dan hampir semua ketua parti politik Islam mendekat dan menziarahi jemaah tabligh kerana meraka tidak berpihak kepada mana-mana parti. Kepada yang memilih dan terpilih jemaah tabligh itu, teruskanlah berdakwah ke serata dunia dan memberikan manfaat kepada seramai ummat.
Jangan bersedih kita belum terpilih tetapi bersedih sebab manusia di sekeliling kita masih taknak berubah tinggalkan kejahatan dan buat kebaikan, jangan bersedih jemaah tabligh.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2K3l8SD
via Denaihati.com