Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Pasangan Melayu bercerai sebab remeh temeh”. Kali ini nak kongsi isu panas yang sedang menguji orang kampung apabila harga getah dan kelapa sawit terus merudum..
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Bila balik kampung kat Segamat memang kesian dengan orang-orang kampung. Harga getah dan kelapa sawit memang rendah sangat. Macam-macam benda orang kampung buat untuk teruskan hidup.
Paling sedih tengok tanah beratus ekar terbiar. Sebelum PRU14 kebun-kebun getah ditolak untuk tanam semula. Lepas PRU14 Risda tak ada bajet nak bagi anak benihgetah dan orang kampung tak ada duit nak buat sendiri maka naik berhutanlah kebun-kebun getah ni.
Nasib majoriti orang kampung yang penyokong pembangkang. Tak boleh nak salahkan Kerajaan sebab penyokong Kerajaan sekarang majoriti di bandar jadi mereka mesti diutamakan. Sebab tu belanjawan 2019 mengutamakan pengundi di bandar
Kampung kawan-kawan ok ke?
Ahmad Khariri Al-Hadi : Mertua di Felda juga merasa kesan yang sangat teruk. Mujurlah masih ada wang sara hidup setiap bulan dari Felda. Tidak tahu bagaimana nasib peneroka yang membuat tanaman sendiri kerana sebelum ini hasil mereka sangat baik dengan harga yang tinggi.. Semoga Allah merahmati dan permudahkan urusan kita semua dunia wal akhirah.. Amin Ya Rabbal alamin!
Zuhairy Shaari : memang teruk harga sawit sekarang. harga kat kilang felda rm360 jer semalam. kalau kat peraih luar, lagi lah murah.
Kamisan BMail : betul tu, sekarang rm280 setan
Zuhairy Shaari : kesian orang kampung kalau itu jer mata pencarian diorg.
Afiffuddin Bin Mohamad Sukri : Tak boleh salahkan orang kampung juga kalau tak bayar cukai tanah.
Md Mie : setuju. menteri pun yang berkaitan pun tak mesra orang kampung, waktu kempen je buat wayang sikit
Kamisan BMail : Terpaksa jual juga walaupun jatuh teruk dari rosak tak dipunggut. Upah tetap bayar sama.
Nordin Ab R : Apa boleh buat! Mudah-mudahan rezeki peneroka sentiasa ada walaupun Harga sawitnya jatuh
Mahadi Mohamed Arifin : Terasa sebab saya orang kampung yang ada ladang kelapa sawit mereka harap duit dari anak-anak untuk membantu. Tapi anak-anak kerja dipaksa lak bayar PTPTN sedangkan gaji kecik jer sian.
Semuga Kerajaan Pakatan Harapan simpati dengan nasib orang kampung, petani, nelayan bukan hanya sekadar memberi Bantuan Sara Hidup tetapi memikirkan mekanisma jangka masa panjang yang boleh menampung penurunan harga kelapa sawit dan herga getah dunia.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2QVRl0E
via Denaihati.com