Sunday, 18 November 2018

Cara posting kisah peribadi yang betul di Facebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri   “Tips pembangunan diri dalam Facebook oleh Khairul Hakimin“. Kali ini Abang nak berkongi tips kongsi kisah peribadi yang betul di Facebook oleh Bapak Viral Kebangsaan, Tuan Khairul Hakimi tuan punya blog Khairulhakimin.com.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Alhamdulillah FB page baru Denaihati Network dah ada lebih 350K follower. Berbagai cara pengguna FB menggunakan akaun mereka. Ada yang berkongsi kisah kehidupan mereka dan ada yang mempromosi produk bisnis. Ramai yang membuang masa berjam-jam sehari menghabiskan masa dan duit melayan FB manakala ada yang menjadikan FB sebagai tempat menjana duit yang sangat banyak. Soalnya bagaimana nak kongsi kisah peribadi yang betul di Facebook. Jom kita baca tips dari sifu FB Khairul Hakimin.

Posting Kehidupan yang tak perlu ada elemen peribadi :

1. Jika nak cerita hal masak apa, tulis resipi. Orang bukan tahu kita sedang masak kepada yang tersayang. Ambil gambar makanan, step by step. Itu akan beri impak positif kepada audien. Ada banyak cara, bento kepada anak, bekal kepada suami, boleh jadi ada resipi setiap hari. Walau bisnes kosmetik, tulis resipi adalah termasuk dalam posting kehidupan, ia ok.

2. Jika keluar dari rumah mahu makan di kedai bersama keluarga. Tak perlu selfie sekeluarga. Cukup buat ulasan kedai tersebut, makan apa, tulis apa yang dihidang, apa yang bersih, parking bagaimana dan lokasinya. Itu impak positif kepada audien. Pergi travel, kongsi itinerari, story budaya, letak gambar menarik dan sebagainya, semua itu impak positif.

3. Di rumah, anak selalu ada masalah belajar. Namun kita tahu tips dan teknik nak beri dia fokus. Tulislah posting itu tanpa perlu sebut pun nama anak, tanpa perlu letak pun gambar anak. Itu adalah impak positif kepada audien.

4. Tips sidai baju, lipat baju, susun baju, organize baju.

5. Organize dapur, guna elemen tupperware dan sebagainya.

6. Kalau pandai deko, cerita bagaimana konsep dan sebagainya. Semua boleh.

7. Tips mengaji, belajar, senangnya didik anak begitu begini semua boleh sahaja kongsi.

8. Suka bersukan, beri tips sukan, pemakanan dan sebagainya, semua itu beri impak positif. Suka memancing, suka shopping, suka kereta, suka travel, suka berkebun, semua itu beri impak positif kepada audien sekiranya semua kesukaan itu ditukar tulisannya kepada CONTENT.

Janji ada impak positif kepada audien. Ingat, elemen peribadi bermaksud perkara-perkara yang sangat rapat dengan kehidupan kalian seperti kisah dalam bilik tidur, gambar anak-anak, gambar isteri / suami.

Ada banyak elemen dalam rumah yang boleh ditulis tanpa perlu ada elemen peribadi, ia mesti beri sesuatu kepada yang membaca. Apabila dia sudah baca, dia rasa terisi dengan ilmu, rasa boleh buat terus dan ada perasaan untuk cuba. Itulah impak positif kepada audien.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Tenang-tenang tulis.
Untuk membeli buku tulisan sifu KHM sila klik BUKU TULISAN SIFU KHM dan Buku Cara Membina Content.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2qT0QlZ
via Denaihati.com