Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Nak eratkan hubungan antara suami isteri dan anak-anak ini bukan sahaja perlukan percakapan serta kemesraan. Rupanya dalam menyediakan hidang pun ada amalan yang boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Cuma amalkan bacaan surah dan zikir tertentu sahaja yang mak-mak boleh jadikan amalan seharian, nak-nak lagi ketika membasuh beras dan menanak nasi.
InsyaAllah, dengan izin Allah ia bermanfaat untuk mengeratkan kasih sayang, kesihatan serta membentuk sikap yang lebih positif.
Jom jadikan amalan bersama seperti Puan Fatimah Saidin ini.
“Hari ni saya nak bagi teknik masak nasi untuk mengeratkan kasih sayang dalam keluarga, menyihatkan badan dan memberi kekuatan untuk mengubah sikap ahli keluarga kepada yang lebih positif.”
Kaedahnya:
1. Semasa basuh beras, bacalah selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW.
2. Bila anda sudah masukkan air untuk sukatan bacalah:
i) Surah Al-Insyirah (Alam Nasyroh) – Ini pesanan beberapa ustaz, tujuannya adalah sebagai doa untuk mengelak penyakit kronik kepada orang yang makan nasi tersebut, dengan izin dari Allah SWT.
ii) Surat Al Kauthar (Inna a’ Toina kal kauthar) – Sebagai penerang hati, belajar cepat dapat, dengan izin dari Allah SWT.
iii) Surah Al-Qadr – ( Inna anzalna hufi lailatil qadr) – Ini pesanan yang saya baru dapat dari seorang ustazah di sekolah tahfiz anak saya. Surah ini akan memudahkan ahli keluarga membetulkan diri dan memperbaiki amal, dengan izin dari Allah SWT.
iv) Zikirkan Ya Kareem , Ya Raheem– Beberapa kali dan hembus dalam nasi. Ini untuk menguatkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga. Ini adalah pesanan dari seorang ustaz semasa saya hadiri kursus kekeluargaan di politeknik. Alhamdulillah, kasih sayang antara ahli keluarga memang kuat.
Akhir kata, buat para ibu di rumah, cuba jadikan surah dan zikir ini sebagai satu amalan ketika masak nasi. InsyaAllah dengan beristiqamah kepada satu amalan dan zikir, akan memberi kekuatan untuk beramal dengan amalan yang lain. Wallahua’lam.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2Qkeuw1
via Denaihati.com