Tiga pelancong warga China positif coronavirus dikuarantin dan menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB) selepas disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam.
Bagi kakitangan perubatan hospital tersebut, pastinya mereka sudah mempersiapkan diri secara mental dan fizikal untuk berdepan dengan wabak virus berbahaya itu yang kini meningkat kepada 54 orang maut di China.
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Bel Nawhen berkongsi bahawa rakan-rakannya yang terdiri daripada doktor, jururawat dan pegawai perubatan bersiap sedia bagi menghalang virus tersebut.
“Rakan doktor saya, rakan jururawat saya, rakan PP[ saya, rakan PPK, rakan PPKP saya serta rakan MLT saya semua sedang bersiap siaga menyaring serta mengekang rebakan coronavirus dari berlaku,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, mereka juga sanggup bergadai nyawa bagi menghadapi cabaran merawat pesakit walaupun tahu risikonya boleh membawa maut.
“Ya, mereka yang anda sering viralkan, mereka yang sering anda tuduh makan gaji buta, mereka yang tidak habis-habis anda perkecilkan itu yang akan mula-mula berdepan dengan virus ini.
“Masih lagi rasa mereka ini tidak ada gunanya di mata anda?,” katanya dengan memuat naik beberapa keping gambar ‘team’ perubatan.
Posting berkenaan tular dengan mendapat 5,400 perkongsian dan 8,100 tanda suka serta pelbagai komen netizen yang rata-rata mendoakan agar kakitangan perubatan HSB memperoleh kekuatan dan dilindungi Allah SWT.
Wira tak didendang!
Semoga dipermudahkan!
Siap nak potong elaun kritikal?
Tugasan yang mulia
Sumber : Bel Nawhen via https://ohmymedia.cc
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2utvjw5
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2RQIT4D
via MerahHatiCintaku.blogspot.com