Assalammualaikum dan salam sejahtera
Solat adalah ibadat yang menduduki tempat tertinggi. Seandainya seseorang Muslim itu taat mendirikan solat fardu sebanyak lima kali dalam sehari bermakna dia seolah-olah menegakkan agamanya.
Apabila meninggalkan solat, ia umpama seseorang itu tidak mahu berusaha membina agamanya dengan sempurna. Terdapat tidak kurang 100 ayat dalam Al-Quran membicarakan mengenai solat.
Setiap Muslim wajib menunaikan perintah Allah itu tanpa melengahkannya. Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisa’, ayat 103 :
“Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman dan ditentukan waktunya.”
Baca juga : Cabaran hidup suami isteri di akhir zaman, bagaimana untuk melaluinya?
Apabila suami yang menjadi ketua keluarga liat untuk melakukan solat, sebagai isteri anda layak menegurnya kerana dia adalah tunjang kepada keluarga dan perlu berikan contoh terbaik pada anak-anak.
Untuk menegur suami kita hendaklah dengan cara berhikmah. Seorang suami amat tidak suka kalau isterinya menegur secara terus. Ini akan mencabar statusnya sebagai seorang suami. Apa yang perlu seorang isteri lakukah adalah :
1) Mulakan dulu menjaga solat pada awal waktu dan sekali sekala mengajak suami solat berjemaah dengan memberi kata-kata pujian pada suami.
2) Seterusnya banyakkanlah bertaubat untuk diri sendiri disamping solat hajat yang khusus untuk suami berubah. Kalau boleh bangun dipenghujung malam solat tahajjud, taubat dan hajat.
3) Banyakkan selawat pada makanan yang kita sediakan untuknya seperti air minuman, makanan dan sebagainya, disamping berdoa dalam hati berserta selawat ke atas nabi moga Allah SWT lembutkan hati suami agar taat kepada perintah Allah.
4) Hendaklah berusaha menjaga akhlak dihadapan suami dengan memberi layanan yang terbaik. Moga dengan cara itu suami akan lebih menghargai dan akan lembut hatinya.
Semoga kita semua menjaga solat dari sekarang, apatah lagi bila sudah berkahwin. Inginkan kebahagian di dunia, untuk akhirat jangan sesekali lupa.
Baca juga : 10 sebab Solat tak diterima ALLAH
sumber : PesonaPengantin
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2OerDp6
via Denaihati.com