Saturday, 25 January 2020

Hilang Sabar Kena Kentut Di Kepala 2 Kali, Lelaki Tikam Suami Isteri Kerana Bergurau Melampau


Disebabkan tersinggung kerana dikentut dikepala dua kali, seorang suspek bernama AS (bukan nama sebenar) sanggup menikam pasangan suami isteri sehingga berlumuran darah.

Hanya kerana kentut, suspek bakal berhadapan dengan hukuman penjara 8 tahun jika didapati bersalah.

Pasangan suami isteri yang berumur 46 (suami) dan 41 tahun (isteri) itu terpaksa dikejarkan ke hospital setelah ditikam oleh AS yang juga merupakan jirannya.

Si suami telah didakwa mengalami kecederaan yang serius dan telah dibawa ke Hospital M Djamil Padang, manakala isterinya pula telah dibawa ke Hospital Tentara Padang.


Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Bandes Batu Kasek, Bandar Padang pada hari selasa 21/1/2020.


Dalam pada itu, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan bagi mengetahui motif sebenar  yang dilakukan suspek terhadap mangsa.

Sumber: Tribun News / Siakapkeli.my


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2RqzrG1
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2uz0ohM
via MerahHatiCintaku.blogspot.com