“Malu betul tadi tengok beberapa orang jemaah Jumaat yang berebut-rebut ambil makanan sedekah. Buka setakat berebut ambil dalam jumlah terlalu banyak. Sepatutnya seorang ambil satu roti dan satu air kotak tapi beberapa orang jemaah depan saya ini ambil lebih dari enam seorang. Ada yang guna kotak air kotak untuk ambil banyak roti yang sepatutnya seorang satu.”
Cerita tuan Abie Abdullah minggu lepas selepas solat Jumaat kali pertama di masjid baru yang sangat cantik, Masjid Sedayan.
Hari ini sebelum solat Jumaat di Masjid Sg Besi Indah, imam buat pengumuman.
“Kepada para jemaah harap jangan ambil makanan sedekah berlebihan sebab ada yang ambil empat lima porsi sehingga jemaah lain tak dapat. Saya dimaklumkan ada jemaah yang ambil lebih untuk di bawa pulang. Makan ini disedekahkan oleh Jemaah untuk kita semua rasa seorang sedikit. Kalau memang benar ada jemaah yang susah sila beritahu pihak masjid sebab kita ada peruntukan lain untuk keluarga yang susah.”
Sama pulak kisahnya seperti yang tuan Abie kongsikan minggu lepas.
Teringat dulu masa kerja di KFC holding apabila ada mesyuarat Agong Syarikat pasti ada sekumpulan manusia yang datang untuk mengaut segala makanan yang dihidangkan. Mereka bawa plastik khas, bukan sahaja makanan yang dihidangkan mereka habiskan malahan segala sisa tulang ayam juga mereka kaut bawa balik. Selesai majlis suasana memang macam lepas perang.
Sebenarnya mereka yang suka ambil makanan banyak ini kerana susah atau kerana sifat tamak?
Kakcik Juariah Mansor : Kakcik pernah hendak tulis tentang ambil makanan ni. Pernah jadi depan mata di majlis makan-makan anjuran pejabat, ada yang datang siap bawa plastik untuk bungkus makanan.
Haffiz Hassim : Sedekah pisang percuma. Berharap orang ambil sebiji seorang. Tapi malang nya, sesisir sorang dia ambil. Hahahaha
Kartina Mohammed : Kita pun tak tahu kenapa ada yang tergamak berbuat demikian rupa. Mungkin di rumah, sedang menanti perut anak-anak yang kelaparan. Atau mungkin juga nak top-up untuk diri sendiri bila dah sampai ke rumah. Walau apa pun alasannya, biarlah berpada-pada. Fikirkan juga jemaah yang lain.
Sofya Enillya : Hehehehhe Bab berebut-rebut makanan ni Kat mana-mana je asal nampak free , memang tak malu betul diorg ni.
Tim : Tuk jemaah kat rumah tu, lain kali pesan hanya untuk para jemaah saja, atau siap bungkus, hati tak sakit mata tak sakit.
Nisa Ahmad : Kite tak boleh nak judge orang susah or senang or tamak. Just think positive. Kadang-kadang, yang family susah maybe diaorang nak ambik sikit bawak balik selain yang macam tulang-tulang ayam or ikan or else, maybe sapanjang jalan nak balik rumah, dia nak sedekahkan pada kucing-kucing jalanan, who knows, right? Yang senang rasanye takde nak ambik banyak sampai camtu sebab diaorang bukan kisah sangat pasal free food ni. Just, ambik sekadar bawak balik berkat misalnya. Even, saya sendiri pon kalau pergi masjid or event, ade jugak ambik yang makanan tak habis tapi berpada-pada. Btw, kene tengok dahulu masalah orang-orang yang buat camtu. Dan, kadang-kadang orang yang susah ini sebenarnya takkan buat camtu pon sebab diaorang terima dan brsyukur ape yang telah diberikan. Wallahualam.
Norazzah Nordin : kebanyakkannya tamak. kalau golongan susah, mereka akan ingat orang lain, ambil yang perlu je
Fahmy Adam : mindset miskin biasanya orang kaya takkan buat camtu. ada 2 jenis kaya iaitu kaya harta dan kaya jiwa.
Apa pendapat kalian.
Amir Hassan
Blogger
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2uwpP3F
via Denaihati.com