Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Jumlah kematian akibat wabak koronavirus baharu dilaporkan meningkat kepada enam di pusat bandar Wuhan, China pada 20 Januari.
Sekurang-kurangnya hampir 300 kes dilaporkan di China pada bulan ini. Di luar China, virus itu turut menjejaskan penduduk di Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Thailand.
Lebih teruk lagi, kes koronavirus ini juga dapat dikesan buat kali pertama di Washington, Amerika Syarikat, menurut Agensi kesihatan negara itu.
Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) berkata, ia mencatatkan peningkatan dalam bilangan kes dan penularan wabak itu di China.
Koronavirus atau boleh dikenali sebagai 2019-nCoV boleh menyebabkan gejala-gejala seperti penyakit radang paru-paru, demam dan kesukaran untuk bernafas.
Virus ini juga boleh mengakibatkan kerosakan pada organ sistem pernafasan dan usus.
Banyak negara sudah menyediakan langkah berjaga-jaga untuk mengatasi masalah ini;
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata Jabatan Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Awam Thailand telah meningkatkan operasi pusat kecemasan pada Tahap Dua untuk menjalankan pemantauan dengan lebih teliti dan berterusan di semua peringkat.
Bermula 22 Januari, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) berkata ia akan memperluaskan definisi kes suspek untuk memasukkan individu yang menunjukkan simptom radang paru-paru dan sejarah perjalanan ke China dalam tempoh 14 hari sebelum bermulanya wabak atau mereka yang mengalami jangkitan pernafasan akut yang pernah ke mana-mana hospital di China, dalam masa 14 hari sebelum bermulanya gejala itu.
“Kes-kes ini akan diasingkan di hospital sebagai langkah berjaga-jaga untuk mencegah ia daripada tersebar,”
Selain itu, agensi kesihatan di Amerika Syarikat juga turut mula menjalankan saringan kesihatan terhadap pelancong dari Wuhan, di lapangan terbang San Francisco, New York dan Los Angeles.
Minggu ini sahaja, ditambah lagi saringan kesihatan dijalankan di lapangan terbang Atlanta dan Chicago.
Oleh itu, dinasihatkan kepada ramai orang supaya ambil langkah berjaga-jaga dengan virus ini dan sentiasalah menjaga kesihatan diri dan keluarga. “Prevent is better than cure.”
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2TMh93E
via Denaihati.com