Anak suka berlari. Anak saya tidak boleh duduk. Anak saya jalan berjengket. Ini antara salah satu kerisauan ibu bapa bila mempunyai anak yang mempunyai ciri-ciri ini.
Menerusi perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Nurul Sheriena ada cara yang boleh dilakukan asalkan ibu bapa tahu masalah tersebut.
Antara senaman atau urutan yang saya sering lakukan untuk anak-anak yang bersama saya ialah urutan tapak kaki.
Saya share kan video bagaimana melakukan urutan tersebut untuk ibu bapa aplikasi kan di rumah.
Kenapa bagus urutan ini
Bagi effect ‘GROUNDING’ iaitu kita merasa lebih stabil & tenang apabila kaki dapat merasa tekanan dan sentuhan.
Apabila kita merasa ‘grounded’
1) Menjadi lebih tenang
2) Mengurangkan tension di otot
3) Memudahkan otak berfikir
Rangsangan propriseptif (deria rasa sendi) yang bagus untuk bagi kesan calming. Anak anak akan lebih peka akan kedudukan kaki. Jadinya mereka tidak perlu berlari atau melompat untuk merasa akan deria tersebut. Remember each senses is food to the brain. If the brain is hungry the brain will look for the stimulation.
BONDING time. Ibu bapa boleh melakukan urutan ini sambil bernyanyi , berkomunikasi dengan anak. Anak anak akan lebih attached dengan ibu bapa.
Anak merasa lebih selamat. Urutan ini memberi rangsangan terhadap bahagian otak ‘brain stem’ di mana bahagian otak paling awal berkembang. JIKA bahagian otak ini dapat mentafsir situasi di luar adalah selamat maka anak dapat participate dalam aktiviti yang dilakukan dengan mudah dan merasa seronok.
Untuk siapa urutan ini
1) Untuk semua pun boleh
2) Anak kelewatan perkembangan atau tipikal
3) Orang dewasa atau tua
Berapa kali boleh buat
1) Bergantung pada individu
2) Untuk anak-anak istimewa sebelum masuk ke kelas / masa anak sedang aktif
3) Yang dewasa bila kaki rasa sakit berjalan , bila rasa tak tentu arah boleh sahaja
4) Basically 3x sehari sangat sesuai
Insya-Allah kita usaha untuk memberi yang terbaik buat amanah kita yang Allah SWT pinjamkan.
Badan kita , Anak kita …SEMUA ini amanah. Let exercise !!!!
Sumber: OT Nurul Sheriena Musa via https://majalahpama.my
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2RNfZlZ
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/36kW6b3
via MerahHatiCintaku.blogspot.com