Sengaja aku menghulurkan duit nafkah bulanan buat isteriku di hadapan anak-anak kami. Tersengeh-sengeh Kak Long & Nabila melihat wang yang bertukar tangan. Itu bukan pertama kali mereka melihat aku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang suami itu.
“Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Hasif masih terlalu kecil untuk faham namun tahap curiosity beliau begitu tinggi. Dia akan sentiasa bertanya apa-apa yang dia tidak faham.
“Suami memang wajib beri nafkah setiap bulan pada isteri tahu Hasif. Nanti Hasif dah jadi suami pun, Hasif pun kena beri duit kat isteri”. Isteriku mengajar ilmu kehidupan dan kewajipan seorang suami. Hasif mengangguk faham.
“Bestlah jadi orang perempuan Mama. Gaji Papa dan Mama kan sama. Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Nabila pula bertanya.
“Kalau gaji suami lagi sikit dari gaji isteri dia pun, dia masih kena beri nafkah setiap bulan. Kena bagi, walaupun sedikit. Wajib, melainkan kalau isteri dia kata tak payahlah.” Nabila sengeh. Puas hati dengan jawapan isteriku.
Ramai suami yang pandang remeh Nafkah Bulanan buat isteri masing-masing. Ada yang tidak tahu dan ada yang buat-buat tak tahu. Ada juga langsung tak ambil tahu. Jangan terkejut kita seorang lelaki yang bergelar suami tidak tahu yang memberi nafkah buat isteri itu wajib. Ada yang tidak pernah beri wang kepada isteri. Jika isteri tidak memaafkan dan menghalalkan, maka suami akan sentiasa berada dalam keadaan berdosa.
Berilah duit nafkah bulanan kepada isteri kita. Tak mampu banyak, beri sedikit. Tak mampu RM200, berilah RM100. Jika tak mampu juga, berilah RM50 atau RM10. Jika masih tidak mampu juga, suami perlu minta isteri halalkan perbelanjaan yang dibuat dengan menggunakan wang isterinya.
“Okay sayang, bulan ni, bil air sayang bayar, bil letrik abang bayar yer?”
“Loan kereta Myvi bulan ini Ayang bayar yer, Abang tak cukuplah duit bulan ini sebab nak kena tukang baiki dapur tu”
Biasa dengar tak dialog kat atas? Atau biasa buat? Sebenarnya, kalau kita nak bahagi-bahagikan pembayaran bil letrik, air, pinjaman kereta atau rumah sekalipun, kita kena minta isteri halalkan.
“Sayang, sayang halalkan bil air yang sayang bayarkan bulan ni yer!” Cakap macam itu pada isteri anda. Kalau cakap baik-baik, pasti isteri kita gembira saja nak menolong kita dengan perbelanjaan rumahtangga.
Aku takut berdosa. Aku juga pernah tidak tahu mengenai wang nafkah buat isteri dan urusan perbelanjaan keluarga. Aku tidak malu mengakui yang kami sama-sama tidak tahu perkara ini sewaktu mula-mula mendirikan rumahtangga 18 tahun dahulu.
Masa itu student lagi. Di luar negara pula pada masa itu. Bila mula bekerja pada 2002, kami belanja sendiri-sendiri. Perbelanjaan dan bil pula dibahagi-bahagikan. Aku tidak beri duit nafkah kepada isteriku kerana waktu itu aku tidak tahu mengenai perkara ini. Isteriku juga tidak tahu. Lagi pun, sangkaku, gaji isteriku pun sama banyak dengan gaji aku. Kenapa nak kena beri lagi?
Tetapi sangkaanku silap. Gaji aku hanya cukup-cukup sahaja. Cukup bulan gaji habis. Pernah terjadi, duit tinggal RM10 sahaja sehari sebelum gaji masuk. Perkara ini berubah lebih kurang 10 tahun yang lalu (aku tak ingat tarikh sebenar) apabila kami mula tahu mengenai Duit Nafkah seorang isteri ini. Duit untuk isteri belanja beli apa sahaja yang dia mahu dan bila sahaja dia mahu.
Duit ini tidak termasuk duit belanja dapur, ikan, ayam, sayur. Tidak termasuk baju kain isteri. Tidak termasuk syampu, ubat gigi & toiletries lain. Perbelanjaan ini semuanya mesti ditanggung oleh Suami. Tapi kalau isteri tersayang nak tolong, tak ada salahnya kan?
Aku mula memberi Duit Nafkah Bulanan buat isteriku dan aku mohon beliau halalkan setiap sen yang aku tidak lunaskan sebelumnya. Alhamdulillah isteriku halalkan. Alhamdulillah leganya hati. Lapangnya dada.
Pasti ada suami yang merasakan ia seakan tidak adil. Namun percayalah, terdapat keberkatan dalam memberikan Duit Nafkah isteri kita. Islam itu Adil. Percayalah.
Sejak memberi wang nafkah bulanan buat isteri, rezekiku bertambah dan mencurah-curah. Kehidupan menjadi lapang dan mudah. Segala keperluan sentiasa dalam kecukupan. Isteri apatah lagi, gembira sokmo. Bibir sentiasa dihiasi Senyuman manis.
Ada keberkatan dalam pemberian Wang Nafkah Bulanan isteri kita.
A Happy Wife leads to a Happy Home & Happy Family. (A grumpy wife… Anda jawab sendiri…)
Jika anda belum lakukan, mulai dengan hari ini. Berilah Duit Nafkah belanja isteri anda. Anda akan lihat perubahan positif dalam kehidupan anda sekeluarga, InsyaAllah.
Kongsikan dengan suami-suami di luar sana. Semoga beroleh keberkatan rezeki dan kelapangan dalam kehidupan.
Sumber: Dr Mahyuddin Mohamed
from Sehinggit Media News https://ift.tt/3b1R9Yc
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/36OwseZ
via MerahHatiCintaku.blogspot.com