Bermula Jun 2020, tiada lagi pegawai JPJ yang akan berada di dalam kenderaan bersama calon ketika menjalani ujian memandu.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, pihaknya akan melaksanakan sistem latihan dan ujian memandu automatik (e-Testing) di institut memandu seluruh negara bermula Jun depan.
Dengan sistem baharu itu, prestasi calon ujian memandu akan diukur secara elektronik (automasi) dan keputusannya juga akan dijana secara berkomputer.
Sementara itu, pegawai JPJ tidak akan bersama dengan calon di dalam kenderaan, sebaliknya berada di bilik kawalan untuk memantau dan memberi arahan kepada calon.
"Ia bukan sahaja memudahkan calon tetapi yang penting tiada lagi urusan antara calon dan pegawai JPJ di dalam kenderaan itu sekali gus meningkatkan integriti jabatan," katanya.
Namun sebagai permulaan pelaksanaan sistem itu, hanya tiga institut memandu di Johor yang dipilih sebagai projek rintis.
Sumber: Sinar Harian via The Reporter
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2RGU8N3
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2RGSlaF
via MerahHatiCintaku.blogspot.com