Monday, 27 January 2020

Doa Yang Diajar Oleh Rasulullah SAW Untuk Menolak Wabak & Penyakit

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Dunia hari ini dikejutkan dengan kedatangan satu wabak atau virus yang dikenali sebagai Virus Korona.

Virus korona adalah sejenis virus yang menyerang sistem pernafasan haiwan mamalia, termasuklah manusia. Virus ini akan mengakibatkan masalah kesihatan seperti demam, selesema atau sesak nafas.

Di China, virus ini dikatakan telah menyerang ramai individu yang tinggal di sekitar kawasan kota Wuhan, China Selatan. Setelah disiasat, wabak ini dikatakan bermula dari sebuah pasar ikan yang terletak di bandar Wuhan, China Tengah.

Apa yang membimbangkan, virus ini telah mula tersebar ke negara jiran seperti Thailand, Jepun dan beberapa buah negara lain termasuklah Amerika Syarikat.

Di Amerika, seorang lelaki telah dimasukkan ke hospital akibat mempunyai simptom wabak ini selepas pulang melancong dari Wuhan, China ketika wabak ini mula berlaku.

Di sini saya nak nukilkan beberapa doa yang diajar oleh Rasulullah SAW agar dijauhkan daripada perkara-perkara yang memudharatkan.

Antaranya:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

Ya Allah aku memohon kepada-Mu keselamatan di dunia dan akhirat.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.

Kesimpulannya, doa merupakan salah satu ibadah yang hebat kerana menghubungkan di antara hamba dan Allah SWT. Di samping itu, di dalam bab berdoa ini terdapat keluasan yang mana kita tidak semestinya perlu berdoa dengan doa yang diajar oleh Allah SWT di dalam al-Quran atau yang diajar oleh Nabi SAW di dalam hadith sahaja walaupun sebaik-baik doa atau lafaz doa adalah yang daripada Allah SWT dan Nabi SAW.

Selain itu juga, kita juga perlu meraikan adab-adab, syarat-syarat dan garis panduan di dalam berdoa agar doa yang dipanjatkan itu merupakan satu doa yang berkualiti tinggi.

Akhirnya, semoga Allah SWT menyelamatkan kita daripada wabak ini dan wabak-wabak lain yang berbahaya serta mengurniakan keselamatan jua di dunia mahupun di akhirat. Amin.

Boleh baca juga cara nak mengekang Korona Virus dan jika nak dapatkan kesihatan yang ideal, boleh baca Antioksidan Black G, senjata melawan radikal bebas

Wallahua’lam

Sumber : MuftiWP



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/3aMwc3F
via Denaihati.com