Sunday, 26 January 2020

Penumpang pesawat MAS pulangkan selimut selepas terambil sembilan tahun lepas

“MAAF… Saya kurang arif dulu. Saya ambil selimut ini. Sekitar 2011 tak silap. Hari ini, saya pulangkan. Minta maaf dan minta halal selama saya guna ya. Apapun, ini selimut kegemaran saya. Minta maaf sekali lagi MAS.”

Itu nota ditinggalkan penumpang di pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAS).

Nota di dalam bungkusan plastik berisi selimut itu ditemui kru pesawat yang kemudiannya menyerahkan kepada Ketua Pramugara, Kamarulzaman Abd Karim.

Kamarulzaman Abd Karim
Pramugara, Kamarulzaman Abd Karim

Kisah itu mendapat perhatian warganet selepas Kamarulzaman atau lebih mesra dengan gelaran Kay Abdul memuat naik gambar nota berkenaan di Instagram (IG) miliknya. Nota tersebut ditinggalkan oleh seorang penumpang yang menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah untuk mengerjakan umrah.

Seorang kru menemui bungkusan barang bersama sekeping nota di dalamnya di atas kerusi ketika pemeriksaan dilakukan. Rupanya, bungkusan itu berisi selimut yang pernah diambil penumpang berkenaan sembilan tahun lalu yang ingin dikembalikan semula.

surat-pulang-selimut-mas

Abang Denai teringat kisah terbang ke Johannesbug, seorang teman yang ikut sama bertanya boleh ke ambil selimut yang disediakan. Saya beritahu kita tak boleh ambil selimut ini, nanti diakhir penerbangan pramugari akan datang kumpulkan semua selimut ini.

Ketika nak tidur di homestay di Johannesburg saya nampak sahabat tersebut berselimut dengan selimut yang ada logo sebuah syarikat penerbangan yang kami naik kemarin. Saya tersenyum sahaja.

selimut-dalam-pesawat
Sumber : Instagram @kay_abdul

Memang ada segelintir penumpang mengambil selimut mungkin kerana merasakan ia adalah cenderahati yang unik terutama kepada yang sesekali menaiki pesawat.

Semoga urusannya di Tanah Suci kepada si polan yang memulangkan selimut tersebut dipermudahkan Allah SWT dan mendapat umrah yang makbul.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2O0LvMg
via Denaihati.com