Thursday, 23 January 2020

Lelaki ini kongsikan lima cara untuk bagun selepas jatuh teruk dalam bisnes

5 perkara yang saya ‘upgrade’ selepas saya jatuh dan rugi teruk dalam bisnes 2014.

1. Hala tuju

Dulu saya buat bisnes sebab saya yang nak jadi kaya seorang diri . Selepas saya diuji, baru saya sedar bisnes bukan untuk kayakan diri sendiri.

Kita berbisnes untuk bantu dan ubah hidup orang lain jadi lebih baik.

Siapa orang lain yang saya maksudkan?

Orang lain ini boleh jadi keluarga, rakan kongsi, pekerja ataupun pelanggan.

Bagi saya, orang lain di sekeliling saya yang menjadi pendorong untuk saya lakukan apa yang saya lakukan hari ini.

2. Hubungan Keluarga

Hubungan dengan keluarga adalah kunci penyelesaian kepada kebanyakkan masalah.

Dulu, hubungan saya dengan ayah tidak macam sekarang.

Perkara pertama saya lakukan selepas saya jatuh dulu adalah perbaiki hubungan saya dengan ayah dahulu.

Bagi saya, jika kita dan keluarga ‘selesai’, InsyaAllah masalah yang ada juga akan selesai dengan sendirinya.

3. Kemahuan

Dulu, kalau saya nak capai apa pun dalam hidup saya pasti dapat.

Selepas saya jatuh, saya sedar tak semua orang boleh berjaya.

Kenapa dalam dunia ini ada orang berjaya dan ada orang yang tak berjaya?

Sebab orang yang berjaya adalah orang yang betul-betul NAK berjaya.

Orang yang NAK berjaya ini dia akan buat apa saja sampai dia dapat apa yang dia NAK.

4. Circle

Siapa kita lagi 5 tahun ditentukan oleh siapa kawan kita hari ini.

Kalau kita bergaul dengan lebah maka manisanlah yang kita akan nampak.

Kalau kita kawan dengan lalat, maka kotoran jua yang kita akan lihat dan melekat.

Sebab itu hari ini saya memilih untuk berkawan dengan orang yang menjadi inspirasi dan lebih success dari saya.

5. Ilmu

Ilmu kita menentukan pendapatan kita.

Kenapa ada orang boleh buat RM 100,000? Sebab dia ada ilmu macam mana nak buat RM 100,000.

Kenapa hari ini ada orang boleh buat RM 1juta? Sebab dia ada ilmu macam mana nak buat RM 1 juta.

Dulu saya tidak faham, kenapa ilmu ini penting. Sehinggalah saya sendiri ditipu dan terpaksa menangung hutang pembekal sebanyak RM200,000.

Kejadian ini telah membuka mata. Hari ini, saya selalu berpesan kepada anak didik saya.

abdul-basit-guru-bisnes

Jangan salahkan penipu bila kita ditipu, Salahkan diri kita kenapa kita biarkan diri kita ditipu.Sudah memang kerja penipu,menipu.

Kerja kita? Sedar diri banyak yang perlu di upgrade terutamanya pembangunan diri sendiri.

Abdul Basit
Guru Pengurusan Bisnes
15 Jan 2020
Korea Selatan.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2sQmgVD
via Denaihati.com