Thursday, 2 January 2020

Jakarta Dilanda Banjir, 21 Orang Dilaporkan Terkorban

Sekurang-kurangnya 21 mangsa dilaporkan terkorban dalam banjir yang melanda ibu kota Indonesia sejak tiga hari lalu.

Jumlah itu meningkat daripada angka awal sebanyak sembilan mangsa sejak semalam dan 16 mangsa awal pagi ini, kata jurucakap Kementerian Hal Ehwal Sosial, Joko Hariyanto.

Lebih 30,000 mangsa banjir di Jakarta dilaporkan masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan sementara berikutan kawasan penempatan mereka dinaiki air sehingga dua meter.

Selain beberapa kawasan di ibu negara Jakarta, kawasan di bandar berhampiran Jakarta seperti Tangerang, Depok, Bekasi dan Bogor, turut mengalami banjir semalam berikutan hujan lebat pada awal pagi tahun 2020.

Mereka yang meninggal itu antaranya mengalami hipotemia, lemas dihanyutkan arus, tertimbus akibat tanah runtuh dan terkena renjatan elektrik.

Menurut BNPB, beberapa kawasan banjir di Jakarta sudah beransur pulih, namun masyarakat diminta berjaga-jaga berikutan hujan diramalkan berlaku sehingga Khamis ini.

Lapangan terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur yang tidak dapat beroperasi pagi semalam kerana landasan di lapangan terbang itu digenangi air, juga dijangka kembali beroperasi sepenuhnya hari ini.

Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta meminta rakyat Malaysia di Jakarta dan kawasan sekitar mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan dan jika memerlukan sebarang bantuan konsular, boleh menghubungi kedutaan Malaysia di talian ‭+62 813 80813036‬.

Sumber : Awani , RebeccaRambar , arif_sumono



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/35hQOgf
via Denaihati.com