Assalammualaikum dan salam sejahtera
Sebagaimana yang telah kita ketahui bersama bahawa Ya’juj dan Ma’juj adalah makhluk berupa manusia yang akan keluar di akhir zaman dari kurungan yang di buat oleh Raja Zulkarnain.
Ya’juj dan Ma’juj di indentifikasikan dalam Al-Quran sebagai manusia yang membuat kerosakan di muka bumi, sebagaimana di jelaskan dalam Al-Quran surah Al-Kahfi ayat 94:
Mereka berkata:
“Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Ya’juj dan Ma’juj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami), dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”
Allah SWT juga berfirman di dalam surah Surah al-Anbiya’ ayat 96 :
حَتَّىٰ إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُم مِّن كُلِّ حَدَبٍ يَنسِلُونَ
Maksudnya:
(Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj dan Ma’juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.
Ayat dalam Surah al-Kahfi (yang telah disebut terdahulu) menceritakan tentang Ya’juj dan Ma’juj pada apa yang telah berlalu dan menceritakan kerosakan yang telah mereka lakukan di atas muka bumi. Manakala ayat dalam Surah al-Anbiya’ (di atas) menceritakan berkenaan Ya’juj dan Ma’juj pada masa akan datang dan tentang keluarnya mereka secara besar-besaran sebelum berlakunya kiamat.
Bangsa Ya’juj dan Ma’juj akan keluar apabila tibanya akhir zaman dan tatkala hampir berlakunya kiamat. Mereka mendiami di suatu tempat di Barat daya Mongolia. Bangsa ini juga dikenali sebagai bangsa Mongol dan Tartar. Para ulama’ mentarjihkan bahawa Ya’juj dan Ma’juj tinggal dan menetap di kawasan Mongolia di negara China dan Turkestan di negara Rusia.
Mengenai kemunculan mereka ke bumi, terdapat dua pandangan.
- Pandangan pertama menyebut bahawa Ya’juj dan Ma’juj muncul dan keluar sekali sahaja iaitu tatkala hampirnya kiamat.
- Pandangan kedua menyebut bahawa mereka akan muncul beberapa kali bermula sejak kurun pra sejarah hinggalah pengakhirannya dengan kemunculan besar yang membawa kemusnahan yang dahsyat tatkala kiamat hampir terjadi.
Sifat Ya’juj wa Ma’juj
Berdasarkan apa yang Rasulullah SAW sifatkan, mereka adalah:
- Bangsa yang kuat, tubuh yang gagah.
- Tiada manusia mampu memerangi mereka.
- Mereka mempunyai muka yang lebar.
- Kecil matanya.
- Bilangan mereka sangat ramai sepertimana hadis riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak berbanding dengan manusia yang hanya satu per sepuluh daripada mereka. Begitu juga pendapat Ibnu Kathir, jumlah mereka cukup ramai.
- Imam al-Alusi berpendapat bahawa Ya’juj dan Ma’juj mempunyai umur yang paling panjang.
- Syeikh Abdul Rahman al-Sa’di berkata, mereka adalah manusia dan bukanlah hidup di alam ghaib dan bukan juga seperti jin.
Sumber : Mufti WP
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2GdfCvq
via Denaihati.com