Tuesday, 21 January 2020

Lorong tambah nilai tutup hingga 3 Februari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Musim perayaan tahun baru Cina semakin hampir dan hampir semua pelajar sekolah akan bermula cuti pada hari esok. Maklumlah kalau tiba sahaja hari raya, jalan raya juga akan mula sesak. Inilah peluang ibu ayah untuk bercuti balik ke kampung halaman bersama keluarga.

Oleh itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup semua lorong tambah nilai di plaza tol masuk seliaannya mulai hari ini hingga 3 Februari bagi melancarkan pergerakan trafik sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

PLUS dalam kenyataan semalam, memaklumkan penutupan dilaksanakan pada setiap musim perayaan itu bertujuan mengurangkan kesesakan disebabkan pelanggan beratur di lorong tambah nilai plaza tol.

“Pada musim perayaan kali ini, sebanyak dua juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya PLUS terutama pada waktu puncak iaitu pada 22, 23, 24, 27, 28 dan 31 Jan serta 1 Februari nanti.

“Oleh itu, perjalanan di plaza tol dijangka terjejas sekiranya masih terdapat pelanggan terkandas dan tidak dapat membuat transaksi tol apabila baki pada kad Touch ‘n Go mereka tidak mencukupi,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, PLUS tidak menyediakan perkhidmatan tambah nilai di lorong keluar di plaza tol.

Namun terdapat kira-kira 11,000 pusat tambah nilai kad Touch ‘n Go di sediakan di seluruh negara, termasuk di stesen minyak terpilih, kawasan rehat dan rawat serta pusat khidmat pelanggan PLUS di plaza tol terpilih.

Akhir kata, sebelum bercuti dan berjalan, jangan lupa top up Touch N Go ya. Buatlah persediaan awal terlebih dahulu. Harap maklum.

Kredit: BERNAMA



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/30FKpuw
via Denaihati.com