Menikmati juadah steamboat sememangnya dapat memuaskan hati seseorang. Namun tanpa disedari, proses memasak steamboat kadang kala boleh membawa risiko bahaya.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang individu di Facebook apabila dia bersama rakannya yang lain mengalami detik cemas apabila berlaku satu letupan ketika mereka sedang menikmati juadah steamboat.
Menurutnya, kejadian itu adalah selepas 30 minit mereka mula menikmati hidangan itu.
Meja kaca tiba-tiba meletup
Seperti yang dikongsikan, meja makan yang berasaskan kaca telah meletup dengan kuat selepas mereka mula menikmati makan malam.
Kejadian itu sememangnya mengejutkan semua orang apabila kaca berkecai dan berselerak di merata tempat. Akibatnya, ramai yang tercedera selepas terkena serpihan kaca dan juga kuah sup yang panas.
Wanita itu juga menerangkan bahawa semua hadirin berada dalam keadaan terkejut selepas insiden itu berlaku dalam sekelip mata. Mereka juga telah menghubungi ambulans dan pegawai perubatan untuk merawat hadirin yang hadir.
Pun begitu, individu tersebut mengakui faham bahawa terdapat kemungkinan tekanan termal yang menyebabkan letupan tersebut. Haba yang dipindahkan dari mangkuk steamboat pada permukaan kaca mungkin adalah salah satu sebab letupan tersebut berlaku.
Wanita itu juga turut menyenaraikan beberapa kerosakan yang berlaku ekoran kejadian malam itu. Antaranya ialah peralatan dapur, kecederaan kepada hadirin, darah yang berselerak, dan juga kerugian makanan.
Pertemuan gembira bertukar tragedi trauma
Makan malam pada hari itu sepatutnya menjadi malam pertemuan yang dapat mengembirakan semua orang. Namun kejadian itu telah memberikan kesan trauma kepada semua hadirin. Disebabkan kejadian yang menimpanya, dia berharap kisah tersebut dapat dijadikan teladan terutamanya ke atas penggunaan meja kaca.
Hubungi syarikat perabot
Wanita itu juga turut menghubungi syarikat perabot bagi mendapatkan pampasan atas kerosakan perabot berkenaan. Pun begitu, pengarah syarikat hanya boleh menggantikan meja yang baharu kepadanya. Sekurangnya, dia juga berharap agar syarikat itu mempunyai sifat tanggungjawab seperti menampung bil perubaatan dan kos pembaikan.
Mujur bukan pada waktu CNY
Wanita itu juga menyuarakan rasa bernasib baik apabila kejadian itu tidak berlaku sewaktu perayaan tahun baru Cina.
Menerusi pengalaman yang dikongsikan ini, diharapkan perkara sebegini tidak berlaku lagi. Adalah lebih baik untuk tidak menggunakan meja kaca dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan dengan haba dan api.
Sumber: Siakapkeli.my
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2NQcfyX
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3azUbD5
via MerahHatiCintaku.blogspot.com