Tahun 2020 ini saya berharap benar kalian buat perkara ini:
1. Tidak penuhkan ruangan 5,000 kawan kalian. Add atau accept mereka yang kalian kenal dan berkawan sahaja. Sama ada nak berniaga atau tidak, memasukkan orang yang kalian tidak kenal ke ruangan kalian adalah sebuah kerosakan.
Kita akan lihat posting orang yang kita tak tahu, tak kenal hati budi dan sentiasa ada persepsi. Itu semua mengundang rasa tidak baik dan membawa kepada kemurungan.
2. Tulis content yang tersusun dan baik-baik sahaja. Fokus kepada 5-6 topik kemudian pecahkan menjadi banyaknya perkongsian. Bina dan susun semuanya setiap hari dan asingkan dengan posting jualan.
Biar yang friends dan follower selesa dengan kita. Kalau kita jadi ejen sesiapa, fikir juga yang kita kena ada kehidupan bukannya 100% posting buat jualan sampai orang menyampah.
3. Berhenti buat aktiviti copy-paste status orang lain walau dengan kredit. Bina tulisan sendiri, feel kemanisan menulis dan membangunkan content yang ada stail masing-masing.
4. Follow orang yang kalian selesa dan ada matlamat sahaja. Bukan ikut-ikutan.
5. Banyakkan melihat dan membaca kisah kejayaan. Ianya memberi kepuasan positif dalam diri berbanding membaca kisah penceraian, kerosakan serta kehancuran dunia bisnes dan sebagainya.
6. Berhenti cakap ya atas semua perkara. Jika tak mampu cakap sahaja tidak.
7. Fokus kepada target jualan kita tahun itu. Jika 2020 kita target RM1juta, maka jualan sehari mesti RM2,741. Jadi buat perancangan untuk dapat jualan begitu setiap hari. Mesti alihkan segala gangguan supaya kerja kita tidak terpesong dengan banyaknya hal di media sosial ini.
8. Jadilah ejen sesiapa. Namun tak dengar 100% arahan atau perintah mereka. Mereka ada target sales dan tak peduli tentang kehidupan kalian. Ingat, media sosial kalian, kalian punya hak. Kalian boleh susun target sendiri dan tahu bagaimana kalian nak buat.
Rancang content sebaiknya supaya kalian dapat hasil yang baik, bukan kebencian.
Ikut dan dengar 100% akan hancurkan media sosial kalian dan nak buat semula memang sebuah proses yang sangat panjang.
Dengar bab strategi dan kaji. Jika tak betul, jangan ikut.
9. Jualan terjadi saat “ikan” berkumpul apabila “umpan” ditabur. Kemudian, tebarlah “jala”.
Bagaimana ikan berkumpul? Posting crowd.
Bagaimana nak tabur umpan? Posting yang ada titik persamaan.
Bagaimana nak tebar jala? Posting sales selepas posting-posting crowd.
10. Media sosial kita, hak kita. Namun pilihlah yang baik-baik.
100% menjual, boleh jadi hilang kawan.
Masukkan elemen kebencian, boleh jadi hilang kawan.
Ingat, media sosial adalah untuk bersosial. Beri ilmu, beri keselesaan untuk semua orang juga selesa dengan kita.
Semoga tahun 2020 kita bijak mencari duit, memilih kawan dan menyusun posting yang bawa kita ke arah yang lebih baik dari hari ini.
Bina content berkualiti sepanjang 21 hari dengan sekurang-kurangnya 1 posting sehari. Abaikan bab orang nak share atau tak, lantakkan semua itu. Tulis sahaja untuk dapatkan habit berterusan ini.
Dan kalian akan lihat konsistensi itu wujud dalam diri dan ianya menjadi lifestyle yang membawa banyaknya kebaikan kepada orang lain.
Hari ini mungkin tak ada sesiapa share.
Esok seorang, boleh jadi selepas sebulan, setahun, 2 tahun ada 100 orang dan semakin meningkat. Dan bayanglah berapa ramai dapat manfaat selepas itu.
Begitulah.
Buat duit dan bina pengaruh dengan ilmu betul. Oh ya, nak tips lagi, terus ke Denaihati.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2ulCoyP
via Denaihati.com