Kehidupan dalam rumah tangga pasti tidak terlepas daripada salah faham ataupun pertikaian tentang sesuatu perkara.
Disebabkan perkara yang kecil pun boleh jadi punca pergaduhan dan menyebabkan masing-masing tarik muka dan merajuk.
Jika tidak ditangani dengan baik serta bijak, ia dikhuatiri akan menggugat keharmonian rumah tangga.
Satu perkongsian oleh seorang kaunselor keluarga, Normaliza Mahadi di Facebook berkenaan salah seorang kliennya yang nyaris bercerai, benar-benar membuka mata bagaimana perkara kecil boleh memporak-perandakan rumah tangga.
Menerusi posting itu, Normaliza berkata kliennya itu dan pasangannya datang bagi menjalani sesi kaunseling kerana mahu mengambil keputusan untuk bercerai disebabkan ubat gigi.
Ini kisah yang dikongsi olehnya:
“Suami dia akan picit ubat gigi dari bawah. Tapi bagi klien saya ikutlah picit macam mana pun, asal ubat gigi keluar. Maka, konflik pun berlakulah apabila suami tak puas hati dan isteri tak mahu berubah.
“Akhirnya ke meja kaunseling untuk selesaikan masalah. Isterinya kata, perkara kecil aje ni. Suami kata, ini perkara besar. Displin, sikap, mind set dan sebagainya,”
“Apapun ini penyelesaian yang saya cadangkan. (Saya bertanya) Di rumah ada berapa bilik air? Ada dua, kata mereka serentak.
“(Saya bertanya lagi) Boleh ke kalau seorang ambil satu bilik air? Si suami bertanya, ‘Kenapa?’ (Saya jawab) supaya boleh beli dua ubat gigi dan tak payah kongsi. Dan lagi penting tak nampak dah ubat gigi yang satu lagi sebab bilik air asing.
“Saya nak bilik air atas, kata suami. Saya ambil yang bawah, kata isteri. Bilik air atas tu macam penjara tambah klien lagi. Maka, selesailah pertikaian mengenai ubat gigi,”
Dikatakan lagi, pasangan suami isteri itu acap kali bergaduh dan saling ego bagi menegakkan pendirian masing-masing yang tak mahu kalah.
Normaliza akhirnya berkata bahawa kemelut masalah yang melanda pasangan tersebut telah diselesaikan selepas dia memberikan cadangan supaya kedua-duanya menggunakan ubat gigi berasingan.
from Sehinggit Media News https://ift.tt/37Allat
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/37x4Uf2
via MerahHatiCintaku.blogspot.com