KUALA LUMPUR – Isu kecurian identiti di media sosial bukan satu perkara asing malah pernah dilaporkan lebih 14 juta akaun Facebook (FB) dicuri untuk tujuan tertentu oleh pihak yang berniat jahat.
Kajian Penipuan Identiti oleh Penyelidikan dan Strategi Javelin Amerika Syarikat mendapati mangsa penipuan menanggung malu difitnah dan kerugian sehingga RM1.7 bilion setahun.
Terkini di Pasir Gudang, Johor, seorang peniaga wanita, terkejut apabila akaun Facebook (FB) miliknya, dipercayai digodam dan dikawal secara jauh sebelum membuat hantaran berupa komen berbaur perkauman di laman FB orang lain.
Mangsa buli siber itu, Norlizah Moideen, 36, berkata, insiden itu disedari adik lelakinya yang ternampak komen daripada FB miliknya menghina kaum Melayu yang ditularkan di media sosial.
Susulan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Seri Alam, Johor jam 8 pagi semalam.
“Saya tidak tahu bagaimana penggodam itu melakukannya tetapi banyak kenyataan yang disiarkan di FB saya dipadamnya malah boleh memberi komen-komen ke atas FB orang lain tanpa pengetahuan saya.
“Saya juga memdapati terdapat satu akaun FB, https://ift.tt/2xvkawC yang menggunakan nama saya serta gambar saya bersama keluarga tetapi ia sudah dinyahaktif.
“Kejadian sama berlaku tahun 2017 dan laporan polis sudah dibuat dan kes diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) tetapi kata mereka sukar untuk kesan siapa dalang disebaliknya, saya terpaksa menerima kesan difitnah sehingga kini,” katanya kepada wartawan.
Tambah beliau, kesan daripada kejadian itu, dia menerima banyak ugutan dan maki hamun netizen kerana menyangka dia orang yang bertanggungjawab menyiarkan komen-komen berkenaan.
“Saya bimbang keselamatan diri dan keluarga kerana gambar-gambar daripada FB dicuri selain dalang itu mengambil alih FB saya untuk menganiaya saya.
“Saya juga berniaga kuih talam secara atas talian, kejadian ini bukan sahaja menjejaskan maruah saya tetapi juga perniagaan saya,” katanya.
Dalam pada itu, dia tidak tahu siapa yang menganiayanya bagaimanapun dia pernah diugut oleh jiran lama di JP Perdana 8, Johor Bharu pada tahun 2017 atas masalah peribadi.
Sumber: MalaysiaGazette
from Sehinggit Media https://ift.tt/3b2gxMu
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3b731Hy
via MerahHatiCintaku.blogspot.com