GOLONGAN obesiti dan perokok dikenal pasti satu lagi kumpulan yang berdepan risiko kematian sekiranya dijangkiti Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kumpulan ini didapati bukan sahaja akan mendapat radang paru-paru, tetapi kepekatan darah juga akan meningkat.
“Virus itu juga boleh merosakkan dinding saluran darah yang halus, jadi jika saluran ini rosak dinding akan berlaku thrombosis, iaitu pembekuan darah dalam pembuluh atau jantung. Bagi pesakit obesiti pula, pengaliran darah lebih perlahan,” katanya pada sidang media harian Putrajaya.
Beliau berkata demikian menjelaskan antara hasil siasatan Jawatankuasa Khas Audit Kematian Covid-19 yang ditubuhkan sejak akhir Mac lalu.
“Individu yang disahkan positif Covid-19 dan mempunyai rekod penyakit tidak berjangkit (NCD) berdepan risiko komplikasi kesihatan yang lebih dahsyat malah membawa maut sekiranya tidak mendapatkan rawatan secepat mungkin,” katanya.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2yrCx5Y
via Denaihati.com