Friday, 1 May 2020

Hanya Empat Pelanggan Dibenarkan Duduk Semeja Di Restoran


KUALA LUMPUR: Hanya empat pelanggan dibenarkan duduk semeja di dalam kedai makan, bermula minggu hadapan.

Itu antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan bermula Isnin ini.

Garis panduan yang tertakluk kepada gerai makan tepi jalan berbumbung itu, juga memerlukan setiap permis menyatakan dengan jelas bilangan pelanggan yang dibenarkan pada satu-satu masa bagi memenuhi keperluan penjarakan sosial,

Di kedai makan itu, susun atur meja ditetapkan dengan jarak dua meter antara meja, bagi memastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter.

Malah pemilik restoran diwajibkan untuk merekod kehadiran pelanggan yang merangkumi nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon serta mengambil suhu badan pekerja dan pelanggan.


Bagi pasar awam dan pasar borong, pasar segar terkawal serta pasar raya mini, kedai runcit dan kedai serbaneka pula, waktu operasi turut perlu dipatuhi semua pihak.

Pasar awam dan pasar borong hanya boleh dibuka dari 5 pagi hingga 7 malam dengan kehadiran pelanggan bermula jam 6 pagi hingga 6 petang sahaja.

Pasar segar terkawal akan beroperasi bermula 6 pagi hingga 12 tengah hari dan pelanggan dibenarkan hadir pada jam 7 pagi hingga 11 pagi. agi pasar ini, penggiliran penjaja mengikut hari perlu dilaksanakan.

Pasar raya mini, kedai runcit dan kedai serbaneka pula pelanggan boleh datang pada jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja, selepas dibuka pada jam 9 pagi hingga 9 malam.

MKN turut menetapkan agar semua premis sektor makanan supaya mengambil dan merekod suhu badan pekerja dan pelanggan, malah proses sanitasi perlu dilakukan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2xmB7t0
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3bW8NNg
via MerahHatiCintaku.blogspot.com