Saturday, 27 February 2021

SOP ibadah umrah norma baharu – Ahmad Ruzman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sumber: Astro Awani

Sejak pandemik Covid-19 ada di dunia ni, macam-macam aktiviti nak buat terhalang termasuklah nak buat umrah di kota suci Mekah dan Madinah. Pastinya ramai umat Islam di Malaysia khususnya dan umum di seluruh dunia merindukan untuk pergi ke sana.

UMRAH NORMA BAHARU

Sedikit sinar tentang umrah norma baharu melalui perkongsian oleh CEO Tabung Haji Travel Dato Haji Ahmad Ruzman di Astro Awani malam tadi tentang SOP yang telah digariskan oleh kerajaan Arab Saudi kepada mereka yang ingin menunaikan ibadah umrah.

SOP nya seperti berikut;

Di Malaysia

  1. Perlu mendapat kebenaran keluar negara oleh kerajaan.
  2. Melakukan ujian status covid-19 PCR test dengan keputusan negatif dalam tempoh 72jam sebelum berangkat menaiki pesawat. Surat makluman keputusan tersebut hendaklah dibawa bersama pasport ketika check-in di Malaysia dan setiba di Saudi.
  3. Usia yang dibenarkan (buat masa ini) 18-60 tahun.
  4. Setibanya di airport Madinah para jemaah perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dahulu sebelum terus ke kaunter emigrasi.
  5. 50% sahaja jemaah menaiki setiap bas iaitu 25 orang termasuk mutawwif jika bas 50 seater.
  6. Para jemaah perlu install aplikasi (Tawakkalna) lebih kurang MySejahtera untuk trace lokasi, perlu aktif sebelum 8 jam setelah mendarat.

Di Madinah

  1. Para jemaah hendaklah duduk sebilik 2 orang sahaja.
  2. Para jemaah perlu kuarantin di bilik hotel selama 3 hari sebelum dibenar keluar bilik melaksanakan ibadah. Makanan akan dihantar ke bilik.
  3. Selepas 48 jam kuarantin di bilik para jemaah akan menjalani ujian covid-19 oleh pihak kesihatan saudi dan keputusan akan keluar selepas 24 jam.
  4. Para jemaah perlu booking di suatu aplikasi untuk solat di raudhah. Tidak perlu booking slot utk solat 5 waktu.
  5. Para jemaah tidak dibenarkan turun daripada bas ketika menziarahi tempat-tempat ziarah, termasuk masjid Quba’. (buat masa ini)
  6. Pihak agensi/syarikat travel perlu booking slot untuk melaksanakn umrah samada jam 4 petang, 8 malam atau 12 tengahmalam sebelum para jemaah bertolak ke Mekah.
  7. Para jemaah berniat ihram di hotel di Madinah sebelum bergerak ke Mekah, para jemaah tidak dibenarkan turun solat sunat di Masjid Bir Ali. (buat masa ini)

Di Mekah

  1. Setelah tiba di Mekah para jemaah dan mutawwif akan bergerak ke Masjidil Haram 1 jam sebelum masa yang telah ditempah untuk melaksanakan umrah semasa di Madinah yang dibuat oleh pihak travel agensi.
  2. Para jemaah akan diketuai oleh seorang pembimbing khas daripada pihak masjidil haram semasa melaksanakan umrah.
  3. Jemaah yang menggunakan kerusi roda perlu bimbingan pendorong yang khas bersama jemaah.
  4. Para jemaah perlu mematuhi SOP semasa mengerjakan umrah iaitu memakai pelitup muka, menjaga jarak 1 meter dan sentiasa sanitasi.
  5. Kos mengerjakan umrah mungkin meningkat daripada biasa disebabkan SOP norma baharu terkesan pada aspek pengangkutan dan hospitaliti.

Nota: Para jemaah mungkin dicadangkan akan masuk ke Madinah dahulu memandangkan perlu kuarantin 3 hari selepas masuk ke Saudi. Jika masuk ke Mekah dahulu jemaah perlu berlama dalam ihram dan menjaga pantang larang 13.

Semoga kita semua dijemput lagi ke Haramain dalam keadaan susah atau pun senang. Yang penting niat dan kesungguhan kita insyaAllah.

Moga sedikit sinar memberi sedikit harapan dan senyuman.

The post SOP ibadah umrah norma baharu – Ahmad Ruzman first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3dTevU6
via Denaihati.com

Kadar Dividen KWSP 2020

KWSP adalah satu sumber simpanan untuk persaraan atau pada waktu tua kelak. Dengan pembayaran dividen yang tinggi, simpanan atau tabungan mereka akan bertambah. Disebabkan faktor keadaan kos kehidupan yang tinggi dan ekonomi yang sukar masa kini menyukarkan rakyat untuk menabung hasil dari jumlah gaji pendapatan yang diterima.

Dividen KWSP 5.2 peratus untuk akaun Konvensional, 4.9 peratus untuk Shariah

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen sebanyak 5.20 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 4.90 peratus untuk Simpanan Shariah bagi tahun 2020.

Kadar dividen 2019 lebih tinggi sedikit berbanding 2020, dividen 2019 sebanyak 5.45% untuk simpanan konvensional dan 5.0% untuk simpanan shariah.

dividen kwsp 2020

Kadar dividen yang diumumkan dana persaraan nasional itu membabitkan agihan sebanyak RM47.64 bilion merangkumi, RM42.88 bilion bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah dengan RM4.76 bilion.

Dengan purata lima tahun dividen sebenar pada kadar 4.62 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 4.32 peratus bagi Simpanan Shariah selepas diselaraskan untuk inflasi, KWSP telah melebihi sasaran strategik dengan pengisytiharan purata dividen sebenar tidak kurang daripada 2.00 peratus dalam tempoh lima tahun berturut-turut.

Kadar Dividen KWSP 2018 dan 2017

2018 : Dividen sebanyak 6.15% untuk simpanan konvensional dengan agihan dividen sebanyak RM43 bilion dan 5.9% untuk simpanan Shariah dengan agihan dividen sebanyak RM4.32 bilion.

2017 : Dividen sebanyak 6.9% untuk simpanan konvensional dan 6.4% untuk simpanan Shariah.

Semakan Jumlah Pendapatan Dividen KWSP

Pengkreditan Dividen 2020 akan dilakukan pada Sabtu, 27 Februari 2021 dan ahli boleh menyemak penyata KWSP masing-masing melalui i-Akaun, Kios KWSP atau di mana-mana kaunter KWSP seluruh negara.

Aplikasi mudah alih ‘EPF i-Akaun’ juga boleh dimuat turun melalui Google Play atau Apple App Store.

Kepada yang belum ada akaun i-Akaun KWSP boleh mendaftar secara online di website KWSP.

RM18.1 bilion sudah dikeluarkan oleh 5.16 juta ahli KWSP

Sehingga artikel ini ditulis, sejumlah RM18.1 bilion telah dikeluarkan oleh 5.16 juta ahli di bawah kemudahan i-Lestari, yang merupakan antara langkah awal yang diambil dalam situasi mencabar sepanjang 2020 ekoran pandemik Covid-19, menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

KWSP merupakan antara dana persaraan terawal di dunia yang memberikan bantuan kepada ahli ketika pandemik Covid-19 merebak dengan melancarkan Skim Pengeluaran Akaun 2 i-Lestari untuk memberi bantuan kewangan kepada ahli.

Maklumat Lanjut KWSP

Maklumat mengenai dividen 2019 boleh diperoleh menerusi laman Facebook KWSP, Twitter di KWSPBuzz dan YouTube ‘KWSP Malaysia.’.

Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan lain KWSP seperti i-akaun, jenis pengeluaran, muat turun borang dan banyak lagi di Laman Web Rasmi KWSP di http://www.kwsp.gov.my/

The post Kadar Dividen KWSP 2020 first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3ks1G44
via Denaihati.com

Friday, 26 February 2021

Daio Wasabi Farm

fresh wasabi for sell on metal table

Daio Wasabi Farm is the world's largest wasabi farm located in Azumino, Nagano Prefecture. Stroll through the vast wasabi fields, see how they’re grown, and taste the many wasabi flavored foods and snacks.

READ: Daio Wasabi Farm



from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3stAVz9
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

What Kind of Plane Am I Flying On?


By BY DEBRA KAMIN from NYT Travel https://ift.tt/3stJmKH


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3sANTeF
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Thursday, 25 February 2021

Hinamatsuri: Japanese Girls’ Day Celebration & Recipes

Sushi oke containing Chirashi Sushi.

Hinamatsuri or Girl's Day in Japan is celebrated with special foods, such as chirashi sushi, clam soup, and strawberry daifuku.

READ: Hinamatsuri: Japanese Girls’ Day Celebration & Recipes



from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3qUMO0N
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

For Travel, a Sustainable Comeback?


By BY ELAINE GLUSAC from NYT Travel https://ift.tt/3pQE76k


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3pNk8Fu
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

2021 sekali lagi Salji meliputi Masjid Al Aqsa kali terakhir tahun 2013

Penduduk Baitulmuqaddis bangun pada pagi Khamis (18/2) melihat limpahan salji menutupi jalan raya dan kanak-kanak bermain bola salji di kota yang diselimuti lapisan putih setelah salji turun semalaman.

Sekali lagi Masjid Al Aqsa diliputi salji pada Rabu (16/2) malam menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menutup jalan raya utama ke Jerusalem.

Salji di Al aqsa

Hujan Salji sangat lebat di Masjid Al Aqsa apa tandanya? @ https://youtu.be/cw24jQ6t_WU (subcribe ya)

Namun, kota itu dibuka setelah keadaan kembali reda. Lalu ramai penduduk sekitar keluar dari rumah masing-masing untuk menikmati pemandangan yang jarang berlaku itu.

“Kami datang dari Tel Aviv untuk bermain salji yang jarang turun di Jerusalem, kali terakhir pada 2013,” kata salah seorang penduduk.

Salji di Syria, Lebanon dan Jordan

Menurut laporan, Syria, Lebanon dan Jordan turut diliputi salji pada Rabu yang mana daerah-daerah itu sudah bertahun tidak dituruni salji.

Denaihati Menjejaki Baitulmuqadis melalui Jordan
Salji di Jordan pada tahin 2013

Salji pernah turun untuk pertama kalinya dalam beberapa tahun di Marjaayoun, sebuah bandar di selatan Lebanon, dan di Bayda di timur Libya.

Angin kencang telah mengakibatkan gangguan kuasa elektrik di sebahagian besar wilayah Lebanon, memaksa banyak penduduk, yang sudah terbiasa dengan gangguan elektrik, bergantung pada generator selama berjam-jam.

Menurut National News Agency, pasukan penyelamat menyelamatkan empat orang yang terperangkap di dalam kenderaan mereka.

Hujan Salji sangat lebat di Masjid Al Aqsa apa tandanya? @ https://youtu.be/cw24jQ6t_WU (subcribe ya)

Kembara Palestine Denaihati.com
Salji 2013 di Baitulmuqaddis

Di pergunungan wilayah As Suwayda, Syria, salji tercatat setinggi 15cm, lapor berita rasminya.

Jalan di beberapa wilayah ditutup. Di pusat wilayah Hama, jentolak menyodok salji untuk membuka jalan sementara banyak kenderaan tergelincir di atas ais, menyebabkan gangguan lalu lintas.

Pengalaman bermain sajli di Baitulmiqaddis pada tahun 2013

Walau begitu, pelabuhan negara tetap dibuka. Kemudian, pihak berkuasa tempatan di wilayah Sweida, Quneitra, Daraa dan Tartus menutup sekolah pada Khamis kerana hujan salji yang lebat.

Di barat Syria yang dikuasai puak penentang, pasukan pertahanan awam telah membangunkan timbunan tanah sejak Selasa di sekitar kem pelarian untuk mencegah hujan dari membanjiri kawasan tersebut.

Denaihati.com #KembaraPalestine

Hampir 3 juta orang tinggal di sana, sebahagian besar di khemah dan tempat perlindungan sementara.

Hujan lebat bulan lalu merosakkan lebih dari 190 lokasi perlindungan, menghancur dan merosakkan lebih dari 10 ribu khemah.

The post 2021 sekali lagi Salji meliputi Masjid Al Aqsa kali terakhir tahun 2013 first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/37NNOw9
via Denaihati.com

Wednesday, 24 February 2021

Daftar melalui aplikasi MySejahtera untuk dapatkan vaksin Covid-19

Menurut perkongsian daripada Bernama, orang ramai kini boleh mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera versi 1.0.28.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan program pendaftaran vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera bagi memudahkan pelaksanaan program imunisasi itu.

Majlis pelancaran diadakan selepas Perdana Menteri menerima suntikan pertama daripada dua dos vaksin Pfizer-BioNTech di Pejabat Kesihatan Putrajaya kira-kira pukul 2.43 petang, sekali gus menjadi antara individu terawal dalam negara menerima vaksin itu.

Kemaskini aplikasi MySejahtera

Sebelum mendaftar bagi menerima vaksin, pengguna iOS dan Android perlu mengemas kini aplikasi MySejahtera terlebih dahulu, dan ikon ‘COVID-19 Vaccination’ yang mengandungi maklumat lengkap mengenai profil peribadi perlu dikemas kini sebelum disahkan.

Setelah maklumat disahkan, pengguna akan diberi beberapa soalan antaranya persetujuan penerimaan vaksin, sejarah penyakit dan sejarah kontak rapat pesakit COVID-19 sebelum permohonan dihantar.

Aplikasi itu turut menyarankan pengguna untuk mengaktifkan notifikasi bagi menerima sebarang info mengenai program vaksinasi yang akan bermula secara berperingkat, dan sekiranya terpilih, mereka perlu mengesahkan persetujuan untuk hadir janji temu.

Pengguna yang terpilih untuk menerima vaksin perlu hadir ke pusat vaksinasi berkenaan dan mengimbas kod QR pusat itu bagi pengesahan kehadiran.

Selepas itu, profil pengguna perlu disahkan mengikut arahan petugas perubatan, dan setelah selesai penerimaan vaksin, pengguna perlu mengimbas kod QR vaksin dan mengesahkan proses apabila diarahkan oleh petugas perubatan.

Sebagai tindakan selepas proses vaksinasi, penerima perlu menghantar maklum balas berkaitan simptom yang dialami dalam aplikasi MySejahtera, dan mereka juga akan menerima sijil digital vaksinasi COVID-19 yang boleh disemak dalam menu profil aplikasi.

Pendaftaran melalui Aplikasi MySejahtera merupakan salah satu daripada lima kaedah pendaftaran secara dalam talian atau secara manual yang disediakan kerajaan untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dalam negara.

Cara-cara nak daftar di aplikasi MySejahtera

  1. Buka aplikasi MySejahtera, pilih ‘Covid-19 Vaccination’
  2. Semak info diri kita dan klik confirm di bahagian bawah kiri
  3. Klik next
  4. Klik di bahagian “Click Here”
  5. Jawab soalan yang disediakan. Ada 4 soalan. Dah selesai klik submit
  6. “Thank you for your response” dan klik Ok

Buat semakan di laman sesawang

Selain aplikasi MySejahtera, satu lagi kaedah secara dalam talian adalah melalui laman sesawang khas di www.vaksincovid.gov.my manakala bagi pendaftaran secara manual, orang ramai boleh mendaftar dengan menghubungi talian hotline (akan dimaklumkan kemudian), hadir ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Fasa pertama pemberian vaksin dijadualkan bermula hari ini hingga April melibatkan anggota barisan hadapan, manakala fasa kedua dari April hingga Ogos bagi warga emas berumur 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi, di samping orang kurang upaya (OKU), sementara fasa ketiga bermula Mei hingga Februari 2020 – untuk kumpulan berusia 18 tahun dan ke atas.

Malaysia telah mengadakan perjanjian untuk memperolehi sebanyak 66.7 juta dos vaksin COVID-19 iaitu melalui fasiliti COVAX dan lima pengeluar vaksin iaitu Pfizer BioNTech, Astra Zeneca, Sinovac, CanSino dan Gamaleya.

Bagi maklumat lanjut mengenai vaksin, orang ramai boleh melayari www.vaksincovid.gov.my.

Sumber: BERNAMA, Berita Harian

The post Daftar melalui aplikasi MySejahtera untuk dapatkan vaksin Covid-19 first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3dJqweK
via Denaihati.com

Chukadon (Chinese-Style Rice Bowl) 中華丼

A white bowl containing Chukadon (Seafood and Vegetable Stir Fry Over Rice).

Chukadon is a Chinese-style rice bowl dish made of stir-fried seafood, meat, and vegetables. Cooked in a soy-infused sauce, it has all the flavors of your favorite take-out!

READ: Chukadon (Chinese-Style Rice Bowl) 中華丼



from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3sAS0r9
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Travel Quarantines: Enduring the Mundane, One Day at a Time


By BY LAUREN SLOSS from NYT Travel https://ift.tt/2NDoH8a


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3ur7orC
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Tuesday, 23 February 2021

Fasa Pertama Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat Bermula 24 Februari – Tengku Zafrul

Seramai 8.45 juta penerima akan menerima pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) secara berperingkat bermula esok melibatkan peruntukan berjumlah RM1.93 bilion, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata ia membabitkan bayaran kepada 4.4 juta penerima kategori isi rumah iaitu sebanyak RM300 setiap penerima dan 4.05 juta yang akan menerima RM150 setiap seorang untuk kateogori individu bujang.

“Bagi isi rumah dan individu bujang, bayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank bermula 24 Februari, manakala bayaran akan disalurkan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank bermula 25 Februari.

“Penerima bantuan di Sabah dan Sarawak yang tidak memiliki akaun bank pula akan mula menerima bayaran bermula 1 Mac hingga 1 April ini di lokasi yang akan diumumkan kelak bersekali dengan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0),” kata Tengku Zafrul menerusi kenyataan hari ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membentangkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pada 18 Jan lepas mengumumkan bahawa pembayaran fasa pertama BPR dipercepatkan kepada penghujung Februari ini.

Tengku Zafrul berkata pembayaran fasa pertama ini dibuat kepada penerima Bantuan Sara Hidup 2020 dan BPN B40 yang telah diluluskan sebelum ini.

Katanya ia dipercepatkan bagi membantu kelangsungan hidup rakyat terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian, selain kerajaan komited memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan.

Sumber : BERNAMA

The post Fasa Pertama Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat Bermula 24 Februari – Tengku Zafrul first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/2NVw0rC
via Denaihati.com

How Plagues Shape the Landscape


By BY YUVAL BEN-AMI from NYT Travel https://ift.tt/3qLmwhr


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/37HGHoK
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Monday, 22 February 2021

Cara melapor pesanan GrabFood yang diterima tidak cukup

Yang namanya ditipu itu pasti sangat menyakitkan. Apalagi lagi bila ditipu oleh driver saat pesan makanan di GrabFood. Betapa tidak, menunggu pesanan dah lama, tiba-tiba driver GrabFood cancel order. Sudahlah pesanan tak datang, duit pun kena potong. Jika Anda mengalami seperti saya, ada cara melaporkan driver GrabFood yang nakal dan berusaha menipu begini. Sebilangan kecil sahaja driver GrabFood yang buat begini, yang lain bagus-bagus sahaja.

Cara Report Order Tak Cukup di GrabFood @ https://youtu.be/pzCO_Iy2-zw (subcribe ya)

grabfood

Pernah juga berlaku kepada saya makanan yang dipesan sampai tetapi tak cukup. Bila lapar dapat tak pesanan tak cukup mulalah hati jadi panas. Baru-baru ini viral juga kisah pesanan yang tak cukup.

Seorang pengguna di Twitter merasa sangat kecewa mengapa air yang dipesannya di Starbucks tidak cukup. Malah, beliau menuduh rider yang menghantar air kepadanya mencuri salah satu minuman miliknya.

Pengguna ini mendakwa beliau sepatutnya menerima 3 cawan minuman dan yang tiba hanya dua cawan. Dalam gambar yang dikongsi, bilangan cup holder yang ada dalam beg berkenaan adalah untuk dua bekas. Jadi, ralat sebenarnya berpunca daripada pihak Starbucks AEON Shah Alam yang mungkin terlepas pandang membaca pesanan dengan betul.

Grab Malaysia jelaskan kekeliruan pesanan yang kurang

Akaun rasmi Grab Malaysia terus memberi respon di perkongsian tersebut dan menjawab setiap bungkusan yang ditempah akan terus di seal. Tugas rider cuma datang ambil pesanan dan terus hantar ke pelanggan. Isu rider ambil minuman untuk diri mereka sendiri tidak mungkin berlaku kerana mereka tidak dibenarkan buka sebarang bungkusan pelanggan.

cara order grabfood

Cara Report Order Tak Cukup di GrabFood @ https://youtu.be/pzCO_Iy2-zw (subcribe ya)

Netizen tidak bersetuju dengan tindakan lelaki ini yang menularkan dakwaan tidak berasas kepada rider. Sebenarnya setiap pesanan yang ditempah di Grab, anda boleh buat report sekiranya pesanan anda tidak mencukupi. Pihak Grab biasanya akan refund bayaran yang anda telah buat selepas report diterima.

Majoriti berpihak kepada rider yang bekerja tanpa henti untuk menghantar makanan dan minuman yang dipesan oleh pelanggan. Ditambah lagi gaji rider yang sebenarnya tinggi, tiada sebab untuk mereka mencuri makanan atau minuman pelanggan.

Semoga perkara seperti ini menjadi pengajaran buat kita. Sekiranya ada pesanan yang tidak cukup, buat report dan anda akan terima kembali duit anda. Boleh tonton video di bawah cara buat report.

Selagi dinamakan manusia kalau kita tak buat silap orang lain pulak yang buat silap. Pasti kalian pun ada 1000 satu pengalaman pesan makanan secara online.

Jutaan terima kasih kepada Abang GrabFood yang berkerja dengan baik terutama masa pandemik C19 ini.

The post Cara melapor pesanan GrabFood yang diterima tidak cukup first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/2NOoyPg
via Denaihati.com

Tujuh Tips Mengenali Emas Palsu supaya tidak tertipu

Selain hantu, benda yang orang takut adalah emas palsu. Bayar ribu ribu akhirnya tak laku.

Baru-baru ini timbul isu ramai yang terkena emas palsu, yang lebih mengejutkan, emas palsu juga dijual di kedai ternama dan kompleks beli belah. Itu pentingnya ilmu asas untuk beli emas agar tidak tertipu dan ini cara menguji ketulenan emas. Semoga bermanfaat!

1. Uji Dengan Magnet

Guna magnet untuk uji emas, jika ia melekat bermakna ianya palsu. Ia telah dicampur dengan logam lain untuk jadi berat seperti besi. Tapi awas, ada juga emas palsu yang dicampurkan dengan bahan logam lain yang tidak magnetik. 

emas

2. Secara Visual

Emas biasanya akan di cop dengan bacaan fineness (1-999 atau 0.1-0.999) dalam bacaan karat 14k, 18k, 22k atau 24k dilogam tersebut. Adakalanya tulisannya terlalu kecil, maka kita kena cari.

Jika terlalu kecil gunakan kanta pembesar untuk pastikan dengan betul kerana sesetengah emas palsu juga dicop dengan bacaan emas agar nampak seperti asli.

emas palsu

Perhatikan perubahan warna dengan cara menggosok dengan jari pada mana-mana bahagian emas itu. Emas palsu akan menampakkan warna logam yang lain dan perbezaan warna dengan emas asal.

3. Gigit Emas 

Dalam filem koboi selalu tunjuk ini. Emas asli sifatnya lembut, akan ada kesan gigitan yang dalam. 

Boleh juga menggunakan cara ini tetapi emas akan sedikit kemek dan mempunyai kesan gigitan. Caranya dengan mengigit emas tersebut (jangan terlalu kuat) kerana secara teori, emas asli akan terdapat sedikit kesan gigitan, kesan gigitan semakin dalam jika emas tersebut adalah 24 karat.

gigit emas

4. Gores Emas Pada Seramik.

Goreskan emas pada permukaan seramik, jika ada goresan hitam bermakna emas palsu tetapi jika tiada kesan hitam ianya asli.

Ujian ini lebih mudah tetapi agak berisiko kerana emas mungkin akan tergores dan calar. Caranya adalah goreskan emas pada permukaan seramik, jika ada goresan hitam bermakna emas itu adalah palsu tetapi jika tiada kesan hitam bermakna itu adalah emas asli.

tips emas palsu

5. Bawa Ke Ahrahnu.

Mereka ada alat yang lengkap untuk uji ketulinan emas ini. Biar mereka uji dan sahkan keasliannya.

6. Timbang Emas

 Jika emas jongkong, bar diatasnya ada ukuran berat. Timbang apakah beratnya sama atau tidak. Logam lain sukar untuk dapat berat yang sama seperti emas dalam ukuran yang sama sebab emas adalah logam paling padu.

7. Mintak Suami Belikan Emas

Jika dia marah marah  sebab isteri asik minta emas, maknanya emas tulis. Jika emas palsu biasanya tak mahal macam emas tulin.

Kawan kawan,

Harga emas sedang turun sekarang. Bagi penyimpan emas. Ini saatnya beli dan simpan emas.

Kalian mesti kena belajar simpan emas agar tak lemas.

Azizul Azli Ahmad

The post Tujuh Tips Mengenali Emas Palsu supaya tidak tertipu first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/2MeEWYT
via Denaihati.com

On Horseback Among the Eagle Hunters and Herders of the Mongolian Altai


By BY CLAIRE THOMAS from NYT Travel https://ift.tt/2NOKI3A


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/37DfF1N
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Sunday, 21 February 2021

Birkinstocks Sandal paling mahal di dunia

AUS art collective telah mengunting empat buah beg Hermès Birkin utuk dijadikan sandal paling mahal di dunia.

Sandal dari beg Birkin ini dinamakan sebagai Birkinstocks tetapi tidak ada kena mengena dengan jenama Birkenstock, kasut dari Jerman.

Harga sepasang sandal Birkinstocks adalah dari USD34,000 ke USD76,000.

Hanya ada sepuluh pasang sandal Birkinstocks untuk dijual kepada yang membuat pesanan sahaja. Sandal ini tidak dijual di pasaran terbuka.

sandal birkin
Sumber : CNN Style

Apa yang membuatkan Birkin hebat?

Pada awal 1980-an, penyanyi pelakon Jane Birkin bertemu dengan Ketua Eksekutif Hermès, Jean-Louis Dumas ketika mereka duduk bersebelahan di pesawat. Dan dari situlah inspirasi oleh keperluan Jane Birkin untuk menghasilkan beg tangan yang kini menjadi jenama yang hebat.

Beg Birkin dijual dalam pelbagai saiz. Setiap satu boleh dibuat dengan pesanan dengan warna, dan lekapan perkakasan yang dipilih pelanggan yang berbeza. Lain pilihan individu lain aksesorinya, seperti berlian dan jenis kulit.

birkinstock
Sumber : CNN Style

Beg ini juga terdapat dalam pelbagai kulit seperti anak lembu dan burung unta. Antara yang paling mahal yang digunakan untuk adalah daripada kulit buaya air masin. Setiap beg dipenuhi dengan kulit, warna dalaman yang sepadan dengan luaran. Dan harga untuk beg Birkin bergantung kepada jenis kulit, warna, lekapan perkakasan dan saiz.

Harga Beg Hermes Birkin

Hermès membenarkan harga mereka dengan kombinasi faktor seperti sejarah, reputasi, eksklusif, bahan eksotik dan jarang berlaku (rare). Untuk membina jenama, perlulah dengan cara yang betul dan tidak semua syarikat yang meletakkan harga tinggi pada produk mereka berjaya.

Harga Beg Hermes Birkin juga dipengaruhi oleh beberapa kriteria seperti :

  • Reputasi jenama dan sejarah : syarikat itu ditubuhkan 180 tahun yang lalu, dan ia telah berjaya membina reputasi yang kukuh dan tulen untuk dirinya sendiri;
  • Hasil kraft – beg buatan tangan yang dihasilkan oleh ahli seni.
  • Eksklusif – beg yang jarang dan unik yang tidak semua orang yang mempunyai wang mampu.
  • Harga – yang menjadikan Birkin status kekayaan untuk orang.

Beg Hermes Birkin sebagai pelaburan

Ramai yang membeli beg Birkin untuk pelaburan jangka panjang. Nilai beg Birkin bertambah lebih kurang 14% setiap tahun mengikut pakar pelaburan.

Nilai yang terus mengingkat setiap tahun mendorong pengumpul beg Birkin menyimpan dengan sebaiknya di tempat khas apabila beg tersebut tidak digunakan untuk memastikan kualiti tidak terjejas.

Antara beg Hermes Birkin yang paling mahal di dunia adalah:

  • Blue Crocodile Hermes Birkin Handbag – RM670,000
  • Hermes Exceptional Collection Shiny Rouge H Porosus Crocodile 30 cm Birkin Bag – RM803,000
  • Fuchsia Diamond-Studded Hermes Birkin – RM877,000
  • Niloticus Crocodile Himalaya Birkin – RM1.5 juta
  • Hermes Birkin Bag by Ginza Tanaka – RM5.53 juta
Ginza Tanaka

Beg Hermes Birkin yang paling mahal direkodkan adalah yang direka oleh pereka dari Jepun iaitu Ginza Tanaka. Beg tangan Hermes Birkin ini adalah yang paling mahal di dunia dengan harga RM5.53 juta. Beg tangan tersebut diperbuat daripada platinum dan dihiasi dengan 2,000 butir berlian di bahagian luarannya dan disempurnakan dengan batu 8 karat.

Bagi yang mampu membelinya, pasti ia menjadikan Hermes Birkin satu pelaburan yang berbaloi.

The post Birkinstocks Sandal paling mahal di dunia first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/2Nq0thK
via Denaihati.com

Saturday, 20 February 2021

Kelebihan umat akhir zaman

Rasulullah SAW sebenar-nya amat merindui umat-nya pada akhir zaman. Baginda SAW ketika hidupnya pernah melafazkan luahan hatinya yang amat rindu untuk melihat diri kita semua.

Kerinduan Baginda itu dinyatakan di hadapan sahabatnya, Abdullah bin Abbas. Beliau menceritakan, pada satu hari selepas solat Subuh berjemaah, Rasu-ullah SAW duduk sambil menghadap sahabatnya.

Video Maulana Wan Helmi kisah kelebihan umat akhir zaman @ https://youtu.be/ok8rSqlT01w (subcribe ya)

Makhluk Allah yang beriman paling mengagumkan

Kemudian Baginda bertanya: “Wahai seluruh manusia, siapakah makhluk Allah yang beriman paling mengagumkan?”

Sahabat menjawab: “Sudah tentu malaikat, wahai Rasulullah.” Dengan cepat Rasulullah SAW membalas balik jawapan itu dengan menegaskan: “Bagaimana mungkin malaikat tidak beriman? Sedangkan mereka adalah pelaksana perintah Allah?”

Seketika kemudian, muncul jawapan lain daripada sahabatnya: “Jika demikian, maka sudah pasti makhluk Allah yang beriman paling mengagumkan itu adalah para nabi, wahai Rasulullah.”

Sekali lagi Rasulullah SAW bersabda: “Bagaimana mungkin para nabi tidak beriman sedangkan wahyu dari langit turun kepada mereka?”

mataf masjidil haram mekah

Sahabat Baginda masih tidak berputus asa untuk memberikan jawapan dan kali ini ada yang menjawab: “Kalau begitu, makhluk Allah yang beriman paling mengagumkan adalah sahabat tuan, wahai Rasulullah.”

Rasulullah SAW sekali lagi bersabda yang sama seperti sebelumnya: “Bagaimana mungkin sahabat-sahabatku tidak beriman sedangkan mereka menyaksikan apa yang mereka saksikan mengenai diriku.

“Mereka bertemu terus denganku, melihatku, mendengar kata-kataku dan juga menyaksikan dengan mata kasar tanda-tanda kenabian dan kerasulan Ku.”

Umat akhir zaman

Sebaik bersabda sedemikian, Baginda terdiam sejenak, kemudian dengan perlahan tetapi bernada tegas Baginda memberitahu sahabatnya: “Demi Allah, yang paling mengagumkan imannya adalah kaum yang datang sesudah kamu.

“Mereka itu beriman kepadaku, padahal mereka semua tidak pernah bertemu dengan Ku. Mereka membenarkan diriku tanpa pernah menyaksikan diriku.

“Mereka menemui tulisan dan beriman kepada Ku. Mereka mengamalkan apa-apa yang ada dalam tulisan itu. Mereka membela Ku seperti kamu membela Ku.

“Demi Allah, aku sangat ingin berjumpa dengan para kekasih Ku itu.”

Kemudian, Baginda SAW membaca Surah al-Baqarah ayat 3:

“Mereka yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan solat dan menginfakkan sebahagian daripada apa yang Kami berikan kepada mereka.”

Selesai membaca ayat itu, Rasulullah SAW melafazkan: “Berbahagialah orang yang pernah melihat Ku dan beriman kepada Ku.”

Video Maulana Wan Helmi kisah kelebihan umat akhir zaman @ https://youtu.be/ok8rSqlT01w (subcribe ya)

Sambung Baginda lagi dan kali ini dengan nada penuh kerinduan Baginda bersabda: “Berbahagialah orang yang beriman kepada Ku padahal tidak pernah melihat Ku.”

Baginda SAW mengulangi lafaz itu sebanyak tujuh kali lagi: “Berbahagia-lah orang yang beriman kepada Ku padahal tidak pernah melihat Ku.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Kisah Rasulullah SAW sewaktu bersama sahabat-nya itu menggambarkan betapa Rasulullah SAW amat mengagumi umatNya yang terkemudian yang tidak pernah sekalipun menatap wajahnya.

Mereka tidak berpeluang bersemuka, mengadu dan mengajukan persoalan mengenai hal ehwal agama atas isu kehidupan seharian, tetapi masih menjunjung tinggi setiap ajaran dibawa Baginda.

Orang yang berselawat adalah orang paling utama bersama Rasulullah SAW di akhirat kelak

The post Kelebihan umat akhir zaman first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3ufhwDM
via Denaihati.com

6 ciri-ciri orang yang dicintai Allah SWT

Apabila menyebut mengenai cinta, pasti ramai yang mempunyai pandangan dan pengalamannya yang tersendiri. Ada yang sudah serik dengan cinta, ada yang masih dilamun cinta dan ada juga yang sedang mencari cinta.

Ia juga tidak mencakupi cinta sesama pasangan kekasih sahaja, bahkan konsepnya lebih meluas dari itu seperti cinta ibu kepada anak-anaknya, cinta manusia kepada alam dan juga cinta hamba kepada Allah.

Cinta Yang Hakiki

Cinta yang paling agung dan hakiki adalah cinta manusia kepada Allah kerana ia adalah cinta yang merangkumi semua aspek dalam kehidupan kita sebagai seorang hamba.

Imam Ghazali menerangkan bahawa ada dua bentuk cinta terulung yang wujud, iaitu cinta manusia kepada Allah dan juga cinta Allah kepada manusia.

Apabila manusia mencintai Allah, mereka akan melakukan perkara yang terbaik untuk meraih reda Allah. Manakala, salah satu bukti Allah mencintai manusia adalah apabila Allah memberikan nikmat yang tidak terkira kepada hambaNya.

Cinta Allah SWT

Cinta kepada Allah SWT ialah mengenali dan merasa takut kepadaNya, hati juga akan merasa sibuk dengan ingatan terhadap Allah sekali gus menjadikan diri sentiasa berusaha menepati perintah dan menjauhi larangan Allah untuk meraih redaNya.

Mafhum: “Sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.” (Surah Al-Baqarah, 2:165)

Namun, bagaimana untuk menjadi salah seorang hamba yang dicintai Allah SWT?

Terdapat beberapa dalil di dalam Al-Quran yang menyebut mengenai ciri-ciri orang yang dicintai Allah, antaranya;

1 – Orang Yang Bertaubat

إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Mafhum: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri.” (Surah Al-Baqarah, 2:222)

2 – Orang Yang Bertakwa

 فَإِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ

Mafhum: “Maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Imran, 3:76)

3 – Orang Yang Sabar

وَاللَّـهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ 

Mafhum: “Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.” (Surah Al-Imran, 3:146)

4 – Orang Yang Adil

وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Mafhum: “Dan jika engkau menghukum, maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (Surah Al-Maidah, 5:42)

5 – Yang Beramal Soleh

الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّـهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Mafhum: “Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara baik.” (Surah Al-Imran, 3:134)

6 – Berjihad Di Jalan Allah

إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنْيَانٌ مَّرْصُوصٌ

Mafhum: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (Surah As-Saff, 61:4)

Kesimpulan

Cinta adalah sebuah perkara yang boleh membentuk keperibadian manusia. Hal ini kerana manusia cenderung melakukan apa sahaja terhadap perkara yang dicintai.

Sebab itu kata-kata nasihat menyebut, apabila mencintai, maka cintalah dengan sepenuh hati tetapi jangan sehingga membutakan mata anda.

Namun, cinta manusia kepada Allah adalah salah satu perkara yang tiada tandingnya. Justeru, belajarlah mencintai Allah untuk meraih keberkatan dunia.

Wallahu a’alam

Sumber: Tzkrh

The post 6 ciri-ciri orang yang dicintai Allah SWT first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/2NgF7U9
via Denaihati.com

Friday, 19 February 2021

Lily Bulb Tamagotoji 百合根の卵とじ

A ceramic dish containing lily bulb tamagotoji.

Lily Bulb Tamagotoji is an easy, flavorful, and comforting dish where the lily bulbs and eggs are simmered in light dashi-soy-based broth.

READ: Lily Bulb Tamagotoji 百合根の卵とじ



from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/37w0G9V
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

6 Tips to Make Your Winter Escape a Success


By BY KATHERINE CUSUMANO from NYT Travel https://ift.tt/3dtrUSC


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3s2SFkw
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Wednesday, 17 February 2021

5 Punca Utama Bisnes Kecil Gagal

Hasil penyelidikan yang dibuat oleh para pengkaji bisnes kecil dan sederhana, ada 5 punca utama yang menyebabkan banyak bisnes kecil gagal.

Punca-punca itu adalah:

1. Kita tidak tahu cara membuat rancangan bisnes yang betul.

Andainya kita ada membuat rancangan, rancangan yang dibuat itu tidak lengkap, tidak dituliskan pun di mana-mana, hanya ada dalam otak kita sahaja.

Dalam bahasa mudah, kita main langgar dinding sahaja.

Kita main langgar dinding kerana kita tidak faham berkenaan pentingnya nilai sebuah rancangan bisnes, dan peri pentingnya kita memulakan bisnes dengan membuat dahulu rancangan bisnes itu.

Risiko apabila kita tidak membuat rancangan bisnes adalah:

i. Kita tidak ambil berat perkara-perkara yang kita tidak tahu berkenaan bisnes yang hendak diceburi.

ii. Kita menjadi terlalu positif, terlalu yakin, terlalu konfiden bisnes kita itu akan berjaya.

iii. Kita tidak meramalkan bermacam-macam masalah dan perkara tak dijangka yang boleh menyebabkan bisnes kita bungkus.

2. Kita tidak tahu cara-cara memimpin pekerja kita, walaupun pekerja kita baru satu orang sahaja.

Tugas kita sebagai pemimpin bisnes milik sendiri adalah:

i. Membina hubungan sekerja yang baik antara kita sebagai pemilik bisnes dengan pekerja.

ii. Menaikkan semangat kerja mereka.

3. Kita tidak tahu dan tidak mempunyai skill mengurus pekerja.

Inilah tingkah laku majikan yang tidak pandai mengurus pekerja:

i. Tidak mendengar dengan baik pandangan dan pendapat pekerja.

ii. Mengurus dengan gaya micro-management atau gaya cerewet sampai hal-hal titik-bengik pun mereka mahu ambil tahu dan buat keputusan.

iii. Menegur pekerja dengan cara yang kasar kononnya niatnya baik iaitu mahu membetulkan kesilapan pekerja dan supaya mereka menjadi pekerja yang baik.

Kesan semua kesilapan macam itu menyebabkan:

i. Semangat pekerja menjadi lemah dan akhirnya patah lalu mereka berhenti kerja

ii. Produktiviti pekerja menurun, tidak sepadan dengan gaji yang dibayar.

4. Kita tidak tahu apa itu yang disebut marketing.

Kita sangka marketing adalah periklanan dan promosi, lalu kita pun sibuk membuat iklan dan membuat promosi.

Marketing bermula dengan menetapkan perbezaan antara produk kita dibandingkan produk-produk lain dalam pasaran. Istilahnya product differentiation. Jika perkara ini tidak dibuat dengan betul, bisnes kita akan bungkus, soalnya sama ada lambat ataupun cepat sahaja.

5. Kita tidak tahu cara yang betul bagaimana hendak menarik minat customers.

Dua perkara utama dalam marketing dan jualan adalah:

i. Menawarkan produk dan servis yang dimahukan customers.

ii. Menawarkan budaya layanan pelanggan yang memuliakan pelanggan supaya mereka benar-benar puas hati.

Banyak usahawan baru memfokuskan perhatian mereka pada usaha mahu menaikkan leads yang masuk. Cara itu tidak betul.

Langkah pertama bagi menarik minat customers adalah dengan kita memahami dahulu apa sebenarnya kemahuan mereka.

Dalam bahasa lebih mudah, kita kena tahu customers mahukan apa.

Kemudian baru dibuatkan produk ataupun servisnya, betul-betul serupa macam yang mereka mahukan.

puan_ainon_mohd_abs

Apabila produk kita tidak menepati kemahuan customers, semua kos iklan dan promosi akan sia-sia sahaja.

Puan Ainon Mohd

Lagi tips bisnes daripada Puan Ainon Mohd

Nasihat dari Mahaguru Bisnes Puan Ainon Mohd buat keputusan bisnes ikut cara Rasulullah SAW

The post 5 Punca Utama Bisnes Kecil Gagal first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/2NBu8US
via Denaihati.com