Tuesday, 2 February 2021

Bersedialah untuk ekonomi Malaysia bertambah buruk

Dato Hussam pesan supaya kita berjimat

Teringat pesanan Pengasas Karangkraf, Dato Hussamuddin pada awal tahun 2020, pesannya supaya rakyat Malaysia berjimat dengan duit yang ada, jangan buat bisnis baru melainkan memang yakin boleh berjaya.

Katanya dunia akan melalui masa-masa susah yang sangat panjang yang tidak pernah generasi zaman ini lalui sebelum ini. Ekonomi dunia akan jatuh teruk sehingga ramai akan hilang punca pendapatan.

Nasihat Dato Hussam ini sudah mula dirasai sekarang apabila ramai yang sudah kehilangan pekerjaan dan banyak industri yang menyumbang rezeki sudah terhenti seperti industri pelancongan dan penerbangan.

Sila subcribe channel kami untuk menonton lebih banyak video terkini yang viral @ bit.ly/denaihatiTV

Fitch Solutions jangka ekonomi Malaysia bertambah buruk

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada 11 Januari 2021 berkata bahawa sistem penjagaan kesihatan negara kini berada pada tahap kritikal.

Sejak itu, jumlah kes Covid-19 yang aktif meningkat tinggi kepada jumlah 222,628 kes setakat tarikh artikel ini ditulis.

Fitch Solutions mengatakan lonjakan kes Covid-19 akan melumpuhkan sistem penjagaan kesihatan Malaysia dan menjangkakan prospek ekonomi Malaysia akan bertambah buruk.

Firma ini menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun ini akan menurun dari 11.5 peratus kepada 10 peratus dengan menyebut mengenai “penggunaan swasta yang disenyapkan”.

“Pekerjaan dan gaji cenderung sekali lagi berada di bawah tekanan yang kuat, kali ini dengan ruang lingkup sokongan fiskal yang lebih rendah, memandangkan kewangan kerajaan sudah tegang dan hampir dengan had hutang yang meningkat sebanyak 60 peratus dari KDNK,” katanya.

Ia menambah penurunan pertumbuhan KDNK akan memberi kesan negatif terhadap jumlah dana yang ada yang diperlukan untuk memperkuat sistem penjagaan kesihatan Malaysia.

Pakar ekonomi, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram berkata Malaysia gagal belajar daripada negara-negara di rantau Asia seperti Korea Selatan, Jepun, Taiwan dan Vietnam yang mana masyarakat dan sektor ekonomi mereka berjalan seperti biasa tanpa sebarang pengurungan atau sekatan.

Bersediakan kita dengan ekonomi yang lebih teruk

Kepada kalian yang sudah bersedia dengan simpanan yang cukup daripada awal kesannya kejatuhan ekonomi yang lebih teruk mungkin tidak memberi kesan yang besar namum majoriti rakyat akan terkesan.

Kepada yang dapat kemudahan seperti iSanar dan Bantuan Perihatin Rakyat, gunalah duit tersebut dengan sebijaknya. Jangan membazir untuk berbelanja pada perkara yang tidak perlu. Ini bukan masa nak renovasi rumah atau upgrade asoseri kereta.

Akibatnya mungkin akan bertambah kes jenayah dan berbagai masalah masyarkat akan berlaku demi meneruskan kehidupan seperti kisah seorang ibu mencuri di pasaraya untuk beri makan anak dan kisah musafir terpaksa tidur di stesen bas kerana tiada duit.

Jangan ambil isu ini secara sambil lewa, bersedialah supaya kita dapat melalui dengan tabah dan sabar.

Setiap ujian pastia ada hikmahnya kepada yang bersabar.

The post Bersedialah untuk ekonomi Malaysia bertambah buruk first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/39I6e2J
via Denaihati.com